Tokoh Perniagaan

Petua Daripada Andrew Carnegie, Orang Terkaya di Dunia Abad ke-19

Andrew Carnegie tiba di Amerika Syarikat pada tahun 1848 hanya berbekalkan wang satu dollar dalam begnya. Namun begitu, wang satu dollar inilah yang kemudian menjadikannya orang terkaya di dunia pada tahun 1901. Andrew Carnegie menerajui pembangunan besar industri baja di Amerika Syarikat, dan menjadi salah seorang tokoh dermawan atau philantropist ternama di zaman ini. Buku yang ditulisnya bersama Napoleon Hill, seorang wartawan suatu ketika dulu, berjudul “Think and Grow Rich” merupakan salah satu buku terlaris. Artikel yang ditulisnya pada tahun 1889 berjaya memulakan gelombang filantropi secara besar-besaran di kalangan orang kaya untuk menyumbang kekayaan mereka demi kebaikan masyarakat. Melalui Pittsburgh Bulletin, Andrew Carnegie menuliskan 7 prinsip yang diikutinya sehingga beliau mampu berdiri di puncak kejayaan.

Pertama, jangan sesekali memasuki pub.
Jangan minum minuman keras, katanya. “Saya bukanlah mengatakan mabuk sebagai melanggar peraturan atau kagagalan moral; tetapi saya menyarankan setiap insan untuk menghargai diri sendiri,” katanya. Maksud Carnegie adalah, kita tidak sepatutnya mempunyai sifat yang tercemar dalam menjalankan bisnis. Carnegie menganggap reputasi atau nama yang baik sebagai sesuatu yang harus dijunjung tinggi. Sememangnya pada akhir abad 19, pub dan bar di Amerika Syarikat dianggap setara dengan tempat pelacuran.

Kedua, jangan merokok ketika muda.
“Tembakau itu sendiri bukanlah salah secara moral tetapi ia memudaratkan dan menjejaskan kesihatan jika digunakan secara berlebihan. Selain itu, tabiat merokok akan menyebabkan seseorang pemuda dielakkan oleh golongan wanita. Tabiat merokok akan menjadikan seseorang pemuda tergolong di kalangan lelaki yang tidak layak untuk dijadikan pasangan hidup,” kata Carnegie.
Menurutnya, tanpa kehadiran wanita, masa depan seseorang pemuda tidak berapa cerah, terutama sekali dari sudut memilih pasangan. Carnegie meramalkan bahawa pada suatu hari nanti, merokok akan menjadi perbuatan yang dilarang. Ramalan ini muncul kerana trend mengunyah tembakau yang dianggap tidak menyenangkan di zaman itu. Adakah ramalan Carnegie terjadi? Sudah tentu. Merokok merupakan perbuatan yang dilarang tetapi masih kerap dilanggar.

Ketiga, fokus.
“Setelah memasuki suatu bidang pekerjaan, lakukannya sehabis baik,” katanya. Carnegie percaya bahawa kejayaan boleh dicapai jika setiap orang menumpukan segenap fikiran dan tenaga mereka dalam tugasnya. “Lebih baik menaruh semua telur ke dalam satu bakul dan menembak bakul tersebut, daripada menghamburkan tembakan anda.”
Bagi Carnegie, lebih baik fokus pada satu perkara daripada cuba melakukan satu pekerjaan dan pada waktu yang sama bekerja juga dalam bidang penternakan, pembuatan, membuat garisan jalan raya, menceburi politik dan berniaga. Nasihat ini seolah-olah tidak releven kerana selain daripada menjadi salah seorang Pengarah syarikat pembuatan rel keretapi, Carnegie juga memiliki tiga atau empat kilang pembuatan lain. Tetapi apa yang ditekankan oleh Carnegie di sini adalah, seseorang akan menjadi lebih produktif apabila melakukan kerja yang mana dia betul-betul mahir. Bagi Carnegie, kelebihannya adalah dari segi pengurusan. Menurutnya, kejayaan besar datangnya dari konsentrasi.

Keempat, hanya beri kenaikan pangkat kepada yang layak.
“Jangan anggap bahawa prestasi pekerja anda cemerlang setelah berjaya melakukan tugasnya. Anda harus sentiasa mencabar pekerja untuk berani mencabar diri sendiri untuk menjadi lebih baik. Kenaikan pangkat harus diberi hany kepada mereka yang menunjukkan prestasi luar biasa.” Sebagai pekerja, Carnegie berpesan supaya anda mengambil inisiatif untuk mengenal pasti keperluan dan peluang untuk menjadi lebih baik daripada orang atasan anda. Anda mungkin telah diberitahu untuk “mematuhi perintah”. Akan tetapi, jika pihak atasan anda mula mengambil tindakan yang merugikan, sampaikan pendapat anda dengan memberi alasan kukuh.

Kelima, menabung.
“Sebanyak mana pun gaji anda, simpanlah sedikit. Pemuda-pemudi yang menyimpan sedikit daripada pendapatannya memberikan gambaran yang baik dan memiliki ciri-ciri yang dicari oleh setiap majikan.”

Keenam, jangan terlibat dalam spekulasi kewangan.
“Jangan membeli saham. Jika anda memiliki simpanan, laburkan dalam bentuk sekuriti kukuh seperti tanah atau hartanah. Orang yang berjudi dalam bursa sama seperti berada di meja judi. Dia jarang mendapat hasil yang kekal.”

Ketujuh, hidup secara jujur.
“Jangan berusaha untuk kaya, namun berusahalah untuk mejadi seorang yang berguna. Biarkan pihak atasan merasa bangga dengan hasil kerja harian anda yang sentiasa baik dan meningkat. Pekerjaan anda, dalam kapasiti apa pun, adalah perkerjaan yang berguna dan harus dilakukan dengan jujur dan akan memuliakan hidup anda.”

Hidup Andrew Carnegie seringkali dirujuk sebagai kisah “rags to riches” di dunia nyata. Ini kerana Andrew Carnegie adalah seorang usahawan memulakan kareernya dari kosong hingga berdiri di puncak kejayaan. Meski pun demikian, ini tidak bermaksud yang anda harus mendewakan Carnegie dan menganggap setiap petuanya benar. Carnegie juga manusia biasa. Tetapi ada beberapa perkara positif yang dapat anda pertimbangkan. Apa pendapat anda?