Tokoh Perniagaan

Salah Seorang yang Terkaya di India Dahulu Hanyalah Seorang Penjual Kalkulator

Anda akan mendalami kisah Shiv Nadar, salah seorang yang terkaya di India yang pada awalnya hanyalah seorang penjual kalkulator elektronik, tetapi kini menjadi Pengarah syarikat HCL Technologies, salah satu kilang pengeluar IT terbesar di India. HCL juga termasuk diantara 100 perniagaan di Asia yang sangat berkembang seperti yang diulaskan dalam majalah Forbes. Kekayaan Shiv Nadar adalah 14.8 Bilion Dolar atau lebih kurang RM 39,885,944,492 (Tiga Puluh Sembilan Bilion Lapan Ratus Lapan Puluh Lima Juta Sembilan Ratus Empat Puluh Empat Ribu Empat Ratus Sembilan Puluh Dua Ringgit Malaysia). Bagaimanakah perjalanan Nadar ketika membangunkan HCL?

 

Dari Keluarga Kecil dan Hidup di Pekan Kecil

Ketika Shiv Nadar lahir pada tahun 1945, India sedang dijajah oleh Inggeris. Mahatma Gandhi sedang berjuang mati-matian untuk membebaskan penjajah dari negara India. Akhirnya pada tahun 1947, India bebas dari penjajahan Inggeris. Pada tahun tersebut, Shiv Nadar masih berumur 2 tahun. Ketika itu, keamanan dan ekonomi negara India pun tidaklah sebaik sekarang. Keluarga Nadar pada saat itu tinggal dikawasan kecil dan miskin bernama Tamil Nandu.

 

Kehidupan zaman kanak-kanak beliau juga biasa-biasa sahaja. Bahkan kerana kegawatan ekonomi Nadar terpaksa menamatkan persekolahannya separuh jalan. Setelah tamat pembelajaran sekolah rendah, beliau harus menunggu 2 tahun untuk membolehkannya melanjutkan pembelajaran ke tahap seterusnya. Begitulah keadaannya sehingga Nadar menamatkan pengajian tinggi. Nadar akhirnya melanjutkan pembelajaran di PSG College of Technology, Coimbatore. Etika kerja Nadar timbul ketika melanjutkan pelajaran pengajian tingginya. Beliau bermatlamat untuk memperbaiki ekonomi diri dan keluarga beliau.

 

Mula Bekerja Dan Berniaga

Pada tahun 1967, Nadar bekerja di Walchand Group, sebuah perniagaan pelaburan. Di sana beliau dididik untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya. Di Walchand Group, beliau berkenalan dengan beberapa orang rakan yang kemudiannya bersama-sama menjadi rakan kongsi di HCL Technologies.

 

Perusahaan Nadar bermula pada tahun 1976. Beliau berkerjasama dengan Microcomp. Nadar bersama rakan-rakannya menjual kalkulator digital di India. Tepat sekali, Nadar dan rakan-rakannya menghasilkan kalkulator sendiri dan menjualnya. Pelaburan Nadar ketika itu sangat sedikit, hanya 187,000 Rupee iaitu lebih kurang RM 10,880.

 

Siapa sangka, perjalanan perniagaan Nadar ternyata berhasil didalam bidang teknologi. Daripada menjual kalkulator digital, beliau berkenalan dengan beberapa syarikat IT di negara-negara maju seperti Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat. Dari perkenalan singkat itulah, beliau mendapat peluang untuk menjual alat komputer di Singapura.

 

Puncak Kejayaan Pada Tahun 1980

Pada tahun 1980, beliau berhasil menjual sejumlah alatan komputer ke Singapura. Ketika itu harga pasaran komputer sangat mahal, jadi perniagaan HCL mendapatkan keuntungan sehingga mencecah 1 Juta Rupee (RM 58,183) dari menjual alat komputer sahaja. Kemudian Nadar akhirnya bertekad untuk menjadikan HCL menjadi perniagaan IT. Selari dengan perkembangan semasa, HCL yang awalnya menjadi kilang pengeluar alat IT, pada tahun 90an beliau mencapai kejayaan dalam bidang baru, iaitu perkhidmatan IT. Nilai hasil perniagaan HCL pun tidak kurang jumlahnya seterusnya menjadikan syarikat beliau salah sebuah perniagaan IT terbesar di India.

 

Sangat Ambil Berat Terhadap Pendidikan

Pada tahun 1996 ketika HCL dan Nadar sedang berada di puncak kejayaan, beliau mendirikan sebuah universiti bernama Sivasubramniya Nadar (SSN College Engineering). Kemudian Nadar menyumbang sekitar 1 Juta Dolar. Lalu dia menjadikan SSN sebagai salah sebuah kampus terbesar di India. Kini, Nadar bukan hanya dikenal sebagai orang terkaya di India, tetapi juga sebagai seseorang yang sangat ambil berat tentang pendidikan.