Tokoh Perniagaan

Sebenarnya Ramai Je Usahawan Berasal Dari Keluarga Miskin

Ketekunan, usaha yang gigih, dan pantang menyerah dapat membawa seseoranga ke gerbang kejayaan.

Ini dibuktikan dalam laporan terbaru yang dikeluarkan oleh U.S. Trust, sebuah syarikat pengurusan kekayaan swasta di Bank of America, yang menyatakan lebih kurang 77 peratus dari usahawan kaya di Amerika Syarikat berasal dari keluarga kelas menengah ke bawah.

Sebanyak 19 peratus dari usahawan yang mengambil bahagian dalam survei ini juga menegaskan dirinya berasal dari keluarga miskin.

Terdapat tiga faktor mengejutk yang menjadi pendorong utama kejayaan para usahawan kaya di AS. Kerja keras, keluarga, dan cita-cita merupakan tiga faktor yang menjadi pencetus kejayaan mereka. Para responden turut mengatakan, tiga faktor itu lebih penting berbanding kenalan niaga atau pengetahuan melakukan perniagaan.

“Faktor-faktor tersebut tampak begitu natural. Penghargaan terhadap keluarga lebih kuat dibandingkan dengan mendapat harta warisan atau bergantung dengan harta orang tua,” ujar Chief Fiduciary Executive U.S. Trust, Chris Heilmann.

Survei yang melibatkan 684 orang dewasa dengan aset melebihi 3 juta dollar tersebut juga mendapati betapa besarnya pengaruh ketegasan orang tua terhadap kejayaan para responden. Sebanyak 80 peratus mengaku mempunyai ibubapa yang sangat berdisiplin.

Mereka juga mengatakan bahawa prestasi akademik, disiplin dalam kewangan, dan penglibatan dalam kerja sebagai nilai-nilai yang ditanam keluarga sejak kecil.

Heilman mengatakan, hasil kajian terbaru ini amat memberangsangkan, memberi motivasi dan juga agak mengejutkan.