Tokoh Perniagaan

Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin

WASHINGTON 2 Mei – Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California.

Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles.

Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi.
Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam.

Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. – Bernama

Itulah berita yang amat menggemparkan negara, kehilangan mengejut seorang usahawan Melayu bertaraf jutawan yang amat dihormati ramai. Mari kita soroti bersama latar belakang figura hebat ini.

Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan , perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin, pembuatan dan sebagainya.
Nasimuddin yang lahir pada tahun 1955 ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automobil. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad , Kuala Pilah , Negeri Sembilan .

Pada tahun 1974, ketika berusia 21 tahun, beliau menyimpan RM80, 000 dalam akaun bank hasil gaji sebagai pembantu bapa beliau yang bekerja sebagai kontraktor. Beliau memulakan perniagaan automobil dengan satu peruntukan Permit Import (AP) untuk mengimport kereta buatan asing. Beliau meraih hasil sejuta ringgit pertama beliau dalam masa setahun.

Dalam satu temubual akhbar, apabila ditinjau kembali, Nasimuddin merasa diri beliau berjaya kerana beliau sudah bernikah sewaktu muda lagi dan berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. Kelebihan beliau adalah beliau ialah seorang lelaki yang simple. Beliay menyimpan setiap sen yang diperoleh daripada kedua ibu bapanya sejak daripada zaman persekolahan lagi, dan melalui pendapatan yang diperoleh sebagai kerani di syarikat pembinaan ayahnya.

Pada usia 21 tahun, dengan kos sebanyak RM80, 000, Nasimuddin membeli 20 AP lalu ke Jepun , di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual habis dalam masa tiga bulan. Beliau terpaksa menghadapi beberapa cabaran, termasuklah pembiayaan dan bagaimana untuk mendapatkan keyakinan pelanggan – pelanggan untuk membeli kereta – kereta terpakai apabila ramai di antara rakyat Malaysia kurang berminat pada kereta – kereta asing. Akan tetapi keghairahannya dan kepercayaan dalam perniagaan itu membuatkannya terus berusaha menuju kejayaan.

[auth]

Nasimuddin kemudian memulakan perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri , dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun 1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru , Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau, dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Nasimuddin bermula dengan hanya lima orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkatkan kepada kira-kira 4, 000 orang. Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon Permit Import kerajaan untuk kereta dari Jepun.

Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Kia dari Korea Selatan, Peugeot, Brabus, Hamann dan motosikal Ducati di Malaysia. Ia juga adalah pemegang permit import bagi kenderaan Mercedes Benz dan Mazda. Pada Ogos 2005, Naza membuka pintunya untuk dewan pameran automotif baru yang menjadi mercu tanda syarikat itu – Naza Auto Mall di Petaling Jaya, Selangor.
Harap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Begitulah perumpaan yang tepat untuk menggambarkan perjalanan hidup figura terkenal ini dalam alam perniagaan.

Nasimuddin pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar “Raja AP”. Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain tengah memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengurniakan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual oleh beliau untuk AS$8, 500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO . Akhirnya, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Nasimuddin sebagai satu contoh kejayaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tun Dr. Mahathir berkata Nasimuddin mempunyai pendekatan yang luar biasa bagi mengembangkan perniagaan beliau, bermula dengan menjual kereta import terpakai dari Jepun, kemudian bekerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilkan dan menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri.
Sebagai penghargaan atas khidmat dan sumbangan beliau, Nasimuddin dikurniakan beberapa anugerah dan gelaran, termasuk Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong , yang membawa gelaran Tan Sri . Nasimuddin juga meraih pingat khidmat industri Anugerah Presiden Korea Selatan , dari Son Sang-Ha duta negara tersebut ke Malaysia bagi pihak Presiden Korea Selatan, kerana sumbangan beliau kepada industri automotif. Beliau ialah rakyat Malaysia pertama yang meraih anugerah Korea tersebut.

Kumpulan Naza kini ada 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri-industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, hotel, insurans, alat ganti jentera, pengilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air. Kumpulan Naza kini memegang hak francais Malaysia untuk kenderaan Kia dari Korea Selatan , dan Peugeot dari Perancis , serta juga permit import untuk kenderaan Mazda . Naza kini telah menjadi pengimport kenderaan mewah seperti Mercedes-Benz yang terbesar dan terpenting in Malaysia melalui usaha-usaha seperti Naza-Brabus.

Baiklah, mari kita senaraikan anak syarikat NAZA:

Automotif

· Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd
· Naza Bikes Sdn Bhd
· Naza Motor Trading Sdn Bhd
· NZ Wheels Sdn Bhd (Mercedes-Benz)
· Naza Wheels Sdn Bhd (Mazda)
· Naza-Brabus Motor Sdn Bhd
· Naza-Hamann Motor Sdn Bhd
· Nasim Sdn Bhd (Peugeot)
· Naza Kia Sdn Bhd ( Pengedar Kia terbesar di Asia Pasifik)
· Naza Corporation Sdn Bhd
· Next Bike Sdn Bhd (Ducati & Lain-lain)
· Naza Marine Sdn Bhd (Sea Doo)
· El Hyosung Bikes Sdn Bhd
· Naza Mekar Sdn Bhd (Perodua Dealership)
· Naza Bikers Dream Sdn Bhd
· Naza Prestige Bikes Sdn Bhd
· Naza Primera Sdn Bhd

Perhotelan dan Pembangunan Hartanah

· TTDI Development Sdn Bhd
· Naza Hotels Malaysia
· Ramada Hotel, Torrance, LA
· Sheraton Hotel, San Pedro, LA

Antara ciri-ciri figura hebat yang boleh dicontohi ialah:

1.Melihat Dan Merebut Peluang

Sikap usaha dalam melihat dan merebut peluang beliau dapat dilihat apabila beliau membeli 20 AP ( Permit Import ) lalu ke Jepun, di mana beliau menghabiskan tiga bulan dan membawa kembali 20 unit pertama kereta Jepun terpakai yang berjaya dijual kesemuanya dalam masa tiga bulan. Beliau memulakan perniagaan automobil dalam sebuah kedai di Taman Maluri dan menjual 10 hingga 15 unit kereta sebulan. Pada tahun1979, beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan lagi perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Melalui pengalamannya ini, beliau memperoleh kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang perniagaan yang wujud dan berkemampuan di dalam memperluaskan pasaran. Kompetensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.

2. Yakin Terhadap Keupayaan Diri

Beliau juga adalah seorang yang mempunyai sikap yakin diri yang merupakan faktor penting dalam diri seseorang usahawan. Hal ini dapat ditonjolkan melalui minat beliau untuk membeli 40 % kepentingan dan mengambil alih perusahaan kereta kebangsaan Malaysia, PROTON yang dilaporkan menghadapi kemelut kewangan. Beliau berkata bahawa beliau sudah menggariskan rancangannya untuk memulihkan Proton jika kerajaan Malaysia membenarkannya membeli kepentingan pengawalan syarikat tersebut. Sikap ini dapat dilihat apabila seseorang usahawan itu tidak takut mencuba sebarang risiko yang bakal dihadapi. Dengan banyak membaca dan mengumpul pengalaman terutama dalam bidang – bidang yang dikhususkan merupakan salah satu kaedah mempertingkatkan keyakinan diri. Mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan melahirkan perasaan yakin terhadap kemampuan dalam menyelesaikan sesuatu atau menyahut sesuatu cabaran.

3.Kecekalan

Sikap kecekalan dan tabah yang terdapat di dalam diri beliau telah menjadikan syarikatnya mempunyai 14 bahagian perniagaan yang meliputi industri – industri seperti pengedaran rokok, kredit dan sewaan, kejuruteraan, perhotelan, insurans, alat ganti jentera, perkilangan, automotif, hartanah, pengangkutan, penanaman dan kenderaan air yang telah diwujudkan oleh beliau. Rasa tidak jemu di dalam mencari jalan untuk mencapai matlamat tanpa mengalah dan sikap sentiasa berusaha untuk mengatasi sebarang masalah yang boleh menyekat pencapaian matlamat dapat membuahkan hasil kejayaan

4. Mencari Maklumat Atau Penyelidikan

Bermula dengan hanya menjual kereta import terpakai dari Jepun, beliau kemudian bekerjasama dengan syarikat asing dan akhirnya menjual kereta buatan tempatan di bawah jenama sendiri merupakan salah satu contoh daripada ciri-ciri usahawan yang telah beliau gunakan daripada mencari maklumat atau penyelidikan. Dengan cara tinjauan yang dilakukan ini dapat meningkatkan pengalaman, memperbaiki pencapaian dan prestasi perniagaan yang diterajui. Selain itu, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya beliau telah menggunakan kajian pasaran dan membuat analisis bagi pasaran.

5.Ketegasan

Sikap ketegasan beliau dapat dilihat melalui tindak tanduk beliau dalam menyuarakan pendapat atau idea kepada orang secara langsung dan berani bertindak walaupun terpaksa menghadapi tentangan dari pihak lain. Di mana beliau pernah terlibat dalam kontroversi permit import pada tahun 2005, apabila bergelar “Raja AP”. Terdapat dakwaan bahawa beliau dan tiga orang usahawan terpenting yang lain sedang memonopoli penghasilan permit import yang dikeluarkan kerajaan kepada pengusaha bumiputera untuk mengimport kereta. Pihak kerajaan didakwa mengeluarkan berpuluh ribu helai kertas dokumen import kenderaan kepada beliau secara percuma setiap tahun yang dijual dengan harga AS$8, 500 setiap satu. Kontroversi ini dihangatkan di Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Sifat ketegasan beliau menghadapi kontroversi menyuarakan pendapat telah membawa kata sepakat di mana, kabinet Malaysia menghentikan sistem permit import untuk mengusahakan suatu dasar automobil baru.

Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh….Amin.

[/auth]