Umum

DUIT BUKAN MATLAMAT BERNIAGA?

business-news-today3

Berniaga sebab nak cepat kaya? Ramai orang bercita-cita untuk menjadi usahawan kerana impian untuk buat duit. Namun, jangan membuat kesilapan dengan meletakkan bulat-bulat niat untuk berniaga semata-mata kerana duit. Berikut antara sebab-sebab kenapa duit adalah matlamat yang serong untuk memulakan perniagaan:

 

  • Kira Duit, Jadi Lupa

Apabila mata dan hati kita terlalu obsess dengan duit, kita jadi lupa akan lumrah alam ini kerana anda tidak bersiap sedia untuk menghadapi masa sukar, iaitu masa apabila duit keluar. Sekiranya anda memandang lebih luas daripada duit, anda akan sedar bahawa setiap urusan perniagaan, semuanya akan dikumpul menjadi ‘goodwill’ yang akan menjadi alat bantuan jika perniagaan anda berhadapan dengan masalah. Duit bukan matlamat tetapi boleh menjadi salah satu kayu ukur akan kerberkesanan perniagaan anda.

6355351769_766503f534_b

  • Duit Hilang, Semangat Hilang

Kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi itulah lumrah orang berniaga. Sekiranya usahawan yang hanya memandang duit semata-mata, apabila masa duit hilang, semangat usahawan mula melayang. Letaklah impian lebih tinggi daripada duit. Anda pasti berjaya.

 

  • Fikir Duit, Bisnes Sempit

Matlamat dan arah tuju bisnes menjadi sempit jika asyik berfikir tentang duit. Perniagaan anda mempu menjangkau lebih daripada apa yang anda fikirkan, apabila matlamat perniagaan diletakkan lebih tinggi daripada nilaian wang ringgit.

 

  • Duit Diukur, Jadi Tidak Jujur

Tukar bahan mentah daripada yang berkualiti tingggi, kepada kualiti yang diragui kerana tak mahu rugi dan apabila ditimbang, dikurangi jumlahnya. Inilah akibatnya jika mata mengira duit semata-mata, pasti mudah terpengaruh untuk bersikap tidak jujur.

 

Matlamat yang diletak oleh fikiran yang diukur dengan wang ringgit, tidak akan sama dengan matlamat yang dipandu dengan niat untuk mendapatkan keredhaan dalam berniaga. Sebaliknya duit dikira oleh sebab ingin mengukur tahap kejayaan perniagaan yang sedang dijalankannya. Lebih banyak duit, bererti lebih tnggi kejayaan perniagaannya. Kelebihan rezeki yang diberikan Illahi itu, sebaiknya digunakan dengan mengulurkan bantuan membantu masyarakat, terutama kepada bakal-bakal usahawan.

 

 

Apabila ramai bakal usahawan yang mendapat bantuan dari tawaran perniagaannya, bererti ramai yang akan mengiktiraf kebolehan dan sumbangan usahawan itu. Maka itulah petanda dia berjaya!!!! Luaskan potensi perniagaan anda dengan usaha yang digandakan. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan jangan malu-malu untuk hubungi atau layari laman web kami www.usahawan.com. Kami juga menawarkan pakej-pakej perniagaan, bantuan teknikal serta latihan percuma kepada usahawan dan bakal usahawan. Ingat jangan lupa “signup form” di bawah supaya mudah untuk kita share tips dan info bisnes. Love is Sharing