7 Rahsia Pelaburan Cara Warren Buffet

0
194

Elakkan melabur berdasarkan tip-tip atau saranan orang lain. Buatlah kajian sendiri.

Manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk mengikut pendapat ramai, tetapi dalam pelaburan pasaran saham, mengikut pendapat ramai mungkin lebih kerap membawa kepada kerugian. Mengapa harus kamu mengikut pemikiran lazim orang ramai, sedangkan anda boleh meneladani kejayaan seorang pelabur yang paling hebat di dunia?

  1. Lihat akan kualiti peniagaan tersebut; jangan menilai sahamnya sahaja

Warren Buffet berkata, ”Apabila membeli sesuatu saham, anggapkannya sebagai pembelian seluruh syarikat, sebagaimana kamu mempertimbangkan untuk membeli perniagaan kedai berdekatan rumah kamu.” Kebanyakan pelabur tidak membuat analisa terhadap perniagaan yang dilaburkan. Mereka cuma melabur mengikut tanda dan kejayaan jenama sesebuah syarikat korporat.

Sekiranya kamu mahu membeli sebuah kedai, sememangnya kamu akan mengkaji apakah produk yang dijual oleh kedai tersebut, jualan keseluruhan, adakah jualannya konsisten, saingan perniagaan kedai tersebut, daya saingnya, bagaimana kedai tersebut akan menangani perubahan kehendak pelanggan dan sebagainya. Kita perlu mengaplikasikan logik ini bila memilih sesuatu saham. Jangan fikirkan yang kamu akan membeli beberapa syer saham syarikat berkenaan. Mahukah kamu membeli seluruh syarikat tersebut jika kamu mempunyai wang yang mencukupi?

  1. Sanggupkah kamu memegang saham itu untuk 10 tahun? Jika tidak, tidak perlulah memegangnya walaupun untuk 10 minit.

Hanya beli saham yang kamu rasa tidak kisah untuk pegang sekiranya pasaran ditutup selama sepuluh tahun. Dalam jangka masa pendek, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin undi – ia menyenaraikan syarikat mana yang popular dan syarikat mana yang tidak popular. Tetapi dalam jangka masa panjang, pasaran saham adalah seperti sebuah mesin penimbang – mengukur nilai sesebuah syarikat. Memandang dari sudut peluang jangka pendek dalam pasaran saham bukan merupakan strategi jangka panjang yang dapat membuahkan kejayaan. Jika kamu tidak merasa selesa dengan memiliki sesuatu selama sepuluh tahun, maka janganlah memilikinya walaupun untuk sepuluh minit.

  1. Kaji beribu-ribu saham dan carilah yang mempunyai tawaran terbaik

Elakkan melabur berdasarkan tip-tip saham atau saranan. Buatlah kajian sendiri. Lakukan analisa terhadap beribu-ribu kaunter saham sebelum memilih yang paling sesuai untuk dilabur. Setelah memilih sesuatu kaunter, tunggu sehingga saham tersebut mencecah harga tawaran yang paling baik. Membeli saham yang betul pada harga yang betul adalah kunci kejayaan dalam pelaburan. Pelabur yang mempunyai kemampuan untuk menunggu “rompong yang lebar (fat pitch)”.

Amat sukar untuk pelabur individu untuk menganalisa beribu-ribu saham dan mencari waktu sesuai untuk membeli saham. Dalam kes sebegini, anda boleh melantik perancang kewangan professional atau pengurus kekayaan untuk menguruskan portfolio anda. Tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih professional yang berwibawa dan pada masa yang sama prihatin dengan kehendak pelanggan.

  1. Telitikan bagaimana cara pihak pengurusan menggunakan sumber-sumber yang ada

Telitikan bagaimana tahap kecekapan pihak pengurusan syarikat menggunakan sumber kewangan, sumber manusia dan bahan. Kecekapan pengurusan ini akan mencerminkan pulangan terhadap ekuiti dan pulangan terhadap capital.

  1. Sentiasa elakkan daripada “saham panas”

“Saham panas” adalah saham yang memiliki ciri tarikan seperti harga saham yang tidak menentu, jumlah jualbeli yang tinggi atau bila saham tersebut disebarkan dalam berita. Elakkan daripada “saham panas” ini.

Warren Buffet pernah berkata, ”Kebanyakan orang berminat dalam saham apabila orang lain turut meminatinya. Waktu yang sepatutnya untuk berminat ialah apabila semua orang tidak berminat. Kamu tidak akan dapat membeli sesuatu yang popular dan mengharapkan kejayaan.”

  1. Berapa banyakkah keuntungan yang akan kamu perolehi?

Sebelum melabur dalam saham, kirakan ‘berapa banyak keuntungan yang akan kamu perolehi’ dalam pelaburan itu. Sudah tentunya, kamu perlu membuat beberapa andaian semasa membuat kiraan. Tapi pengiraan harus dibuat.

Biasanya pelabur cenderung bertanya sama ada saham tersebut dibawah nilai atau terlebih nilai. Sememangnya sukar untuk mengenalpasti nilai intrinsik sesuatu saham, malah pelbagai model yang wujud untuk mengira nilai intrinsik ini juga tidak tepat.

Warren Buffet menulis dalam laporannya “Melainkan kita melihat kebarangkalian sekurang-kurangnya 10% pulangan selepas cukai, kita tidak perlu bertindak.”

  1. 7.  Cabutkan rumput dan siramkan bunga – jangan lakukan yang sebaliknya

Kita mempunyai kecenderungan untuk takut akan kegagalan. Ini berlaku bila harga saham jatuh sehingga ke paras 50%, jadi mereka perlu tunggu. Kita meyakinkan diri sendiri dan orang lain dengan berkata “Ia pasti akan pulih”.

Begitu juga orang ramai akan berebut untuk mengambil keuntungan apabila nilai saham naik 10%.

Akibatnya, para pelabur cenderung untuk menyimpan saham yang merugikan untuk diri sendiri dan menjual saham yang menguntungkan. Sebenarnya ia perlu dilakukan secara sebaliknya.

Tujuh rahsia ini jika diaplikasikan dengan betul dalam pasaran saham akam memetakan jalan ke arah kekayaan.