Adakah anda ingin hasilkan ID Card sendiri dari bahan PVC? Kami akan ajarkan anda cara hasilkan PVC ID Card. Kad ini berbeza dengan ID Card biasa yang biasanya dibungkus plastik atau kadangkala ada juga yang dilaminating. PVC ID Card ini lebih mirip kad ATM bank, ianya lebih tebal dan kuat serta lebih tahan lama kerana menggunakan dakwat khas iaitu dakwat pigment. Printer yang disyorkan menggunakan dakwat pigment adalah printer jenama Epson.
Bahan/produk yang diperlukan hasilkan PVC ID Card
- Komputer untuk merekabentuk design
- Printer dengan dakwat pigment
- PVC ID Card Paper, terdiri dari 2 keping yang boleh diprint dan satu helaian hard PVC.
- A3 Hot Laminator, untuk melekatkan PVC ID Card
- PVC ID Card Metal Cutter
- Pemotong kertas, untuk memotong PVC ID Card sesuai keperluan
- Hole Puncher, untuk membuat lubang pada PVC ID Card.
Cara untuk hasilkan PVC ID Card:
Langkah 1
Reka bentuk ID Card anda di komputer menggunakan Adobe Illustrator atau Photoshop dengan saiz 5.4 x 8.6 cm. Setting kedudukan (portrait atau landscape) boleh disesuaikan mengikut keperluan.
Set mirror untuk mencetak di printer atau cetakan terbalik.
Langkah 2:
Siapkan bahan / kertas PVC (bukan hard PVC) dan masukkan ke dalam printer, jangan sampai terbalik. Bahagian yang di print adalah bahagian yang tiada lapisan pelindungnya.
Langkah 3:
Selepas anda print tunggu hasil kering dahulu kira-kira 10 minit dan pastikan ianya 100% sudah kering. Kemudian potong menjadi 2 bahagian dengan pemotong kertas.
Ambil hard PVC dan potong menjadi 2 bahagian menggunakan pemotong kertas kemudian keluarkan pelindung plastik dengan hati-hati
Langkah 4:
Lekatkan ke kedua-dua belah sisi hard PVC mengikut kesesuaian rekabentuk.
Langkah 5:
Set suhu Laminator menjadi 120 darjah celcius, apabila panas Laminator sudah tercapai maka masukkan PVC ID Card yang sudah dilekatkan tadi.
Langkah 6:
Gunakan PVC ID Card Cutter dan potong PVC ID Card yang sudah di laminate kan tadi.
Anda boleh menambah tali pada PVC ID Card dengan cara membuat lubang pada pada bahagian atas menggunakan PVC ID Card Hole Puncher.
Demikianlah cara hasilkan ID Card PVC menggunakan printer. Sebenarnya ada juga mesin khusus untuk hasilkan ID Card, tetapi harganya sangat mahal.
Kami juga menyediakan Pakej Perniagaan PVC ID Card yang murah hanya dengan RM980 anda boleh mendapatkannya Di Sini