Lifestyle, Uncategorized

Cara Hilangkan Masalah Kepala Berserabut

 Tarik nafas. Sewaktu kepala anda mula berserabut dengan masalah, tarik nafas dalam-dalam,  pejamkan mata dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Buat berulang kali. Ia boleh membantu menenangkan minda anda yang bercelaru buat seketika dan minum segelas air kosong.

 Tidur adalah cara yang paling mudah untuk hilang serabut dekat kepala tu untuk sementara waktu. Jika anda di tempat kerja, jangan lah pula tidur sewaktu berkerja,  seeloknya tidur dengan secukupnya tanpa gangguan. Suasana ruang tempat tidur anda juga memainkan peranan yang penting untuk tidur yang nyenyak.

 Luahkan. Jika ada masalah yang menganggu fikiran, cari seseorang yang rapat dan anda percayai untuk meluahkan masalah anda. Ada juga sesetengah individu lebih selesa meluahkan masalah mereka dengan menulis di dalam diari untuk simpanan peribadi.

 Lakukan perkara yang anda gemari. Cari waktu lapang, selepas habis waktu bekerja atau pada hujung minggu. Pergi ke tempat kegemaran anda, biarkan diri anda dikelilingi alam semulajadi sepeti di taman, pantai, air terjun atau luangkan masa berkhemah bersama rakan-rakan. Tidak terhad kepada alam semulajadi, anda juga boleh menonton wayang, membaca, bermain video game, melukis atau bermain dengan haiwan peliharaan anda.

 Selesaikan masalah yang menyebabkan kepala anda berserabut. Mungkin tak mudah,  tapi cari jalan penyelesaian dan waktu yang sesuai sama ada hal peribadi atau kerjaya tapi seeloknya diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan masalah menjadi semakin rumit.