Cara Menggunakan Universal Circle Cutter

0
593

Universal Circle Cutter merupakan sejenis alat yang digunakan untuk memotong kertas yang sudah dicetak yang akan dijadikan button badge. Ia boleh di-adjust ukuran area pemotongannya disesuaikan dengan diameter button badge yang dihasilkan.

Ramai pelanggan kami yang bertanyakan tentang cara menggunakan Universal Circle Cutter ini. Oleh kerana itu kami telah menghasilkan tutorial tentang cara menggunakan alat ini yang mudah-mudahan dapat membantu yang memerlukannya.

1. Sesuaikan ukuran diameter yang diingini dengan mengukurnya dalam mould mesin button badge. Laraskan mata pisau Universal Circle Cutter mengikut diameter mould button badge

1

 

2. Setelah memperolehi ukuran diameter yang diingini, proses pemotongan boleh dimulakan. Tekapkan  Universal Circle Cutter ke atas artwork button badge.

2

 

3. Tekan ibu jari anda pada tombol tengah, pada masa sama tangan anda memutar bahagian “arm” yang satu lagi mengikut putaran arah jam. Lengkapkan putaran sehingga artwork siap dipotong.

3

4

5

 

4. Siap dan artwork sedia untuk proses seterusnya menghasilkan button badge

6