Cara Nak Handle Pelanggan Yang Suka Minta Diskaun

0
734

Pelanggan seringkali tawar-menawar setiap produk yang akan dibeli. Sebagai penjual, tentunya anda tidak dapat mengelak daripada bertemu dengan pelanggan sebegini. Hal ini merupakan lumrah perniagaan. Maklumlah, setiap pembeli pasti akan meminta harga yang serendah-rendahnya.

Ketika anda hendak menjual sesuatu produk, pembeli akan berusaha melakukan tawar-menawar dengan anda. Untuk menghadapi situasi ini, tentunya  anda harus mengetahui teknik jualan yang berkesan.

Pertama sekali, pastikan anda berpengetahuan tentang produk yang dijual. Sekiranya anda arif dengan kelebihan dan kekurangan produk, maka anda akan lebih mudah mempengaruhi pelanggan untuk menuruti apa yang anda inginkan.

Selanjutnya, kenalpasti potensi dan keperluan bakal pelanggan. Kemudian, terangkan bagaimana produk yang ditawarkan mampu menjadi alternatif untuk membantu bakal pelanggan untuk memenuhi keperluannya.

Sentiasa gunakan tutur kata yang baik dan sopan serta bahasa tubuh yang sesuai. Pastikan anda ikhlas untuk membantu memenuhi keperluan pelanggan.

Hindari daripada menjual berdasarkan belas kasihan pelanggan. Anda harus mendorong pembeli kepada satu keputusan pembelian secara rasional, bukan atas dasar belas kasihan.

Selain itu, berikan layanan sebaik mungkin supaya pelanggan kekal setia dengan anda.