Kebaikan Homeschooling

0
1148

Pembelajaran bermula di rumah. Tetapi perlu diingatkan bahawa pembelajaran terbahagi kepada dua, formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal mengambil tempat di kediaman dan keadaan sekeliling dan pendidikan formal mengambil tempat di sekolah. Tapi adakah pendidikan formal juga sesuai dilaksanakan di rumah?

Menurut kajian, pembelajaran di rumah semakin popular saban hari dengan purata mencecah lebih kurang dua juta kanak kanak di dunia sedang mengikuti sesi pembelajaran di rumah. Di Australia, Amerika Syarikat, New Zealand dan beberapa negara lagi, pembelajaran di rumah ataupun ‘homeschooling’ ini tidak asing lagi bagi mereka. Tapi adakah pembelajaran di rumah sentanding dengan sesi pembelajaran di sekolah harian? Apakah kesan positif dari cara pembelajaran ini?

Berdasarkan hasil kajian yang dibuat oleh Home School Legal Defense Association (HSLDA) pada tahun 2004 mendapati bahawa “banyak kajian dilakukan dalam beberapa tahun lepas mendapati kecemerlangan dalam akademik adalah dari kalangan pelajar yang bersekolah di rumah” hasil dari kajian ini disebabkan daripada perhatian yang sepenuhnya diberikan daripada guru kepada pelajar. Oleh kerana bilangan pelajar yang terhad, ia membolehkan interaksi pada waktu sesi pembelajaran menjadi lebih telus, jelas dan santai tidak seperti di sekolah harian biasa yang jadualnya lebih padat dan pelajar yang pemalu biasanya akan menjadi pasif sewaktu sesi pembelajaran and segan untuk bersuara dan enggan bertanyakan soalan di dalam kelas yang mempunya bilangan pelajar yang lebih besar.

Selain itu, pembelajaran di rumah juga membolehkan sesi pembelajaran dilakukan dalam keadaan yang lebih terkawal, selesa dan efektif. Ini kerana, sesi pembelajaran dilakukan di rumah dan pelajar di awasi sendiri oleh ibu bapa/penjaga mereka yang juga bertanggungjawab sebagai guru. Selain itu juga, kanak kanak lebih selesa belajar di rumah kerana tidak perlu bersusah menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah harian yang pasti mempunyai bilang pelajar yang berlipat kali ganda. Manakala, disiplin anak anak jugak dipantau dengan lebih baik dengan pemilihan sesi pembelajaran ini. Berlainan di sekolah harian pula, guru yang akan mengambil alih tugas mengajar dan mengawal anak anak mereka. Dengan nisbah satu per tiga, kadang kala guru gagal mengawal keadaan dan masalah tingkah laku berikutan bilangan pelajar yang besar.

Selain itu, sesi pembelajaran di rumah juga boleh menyebabkan golongan kanak kanak dan remeja di peringkat awal ini terhindar dari kegiatan tidak bermoral seperti penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol dan pergaulan bebas. Tambahan pula, risiko mereka untuk terhindar daripada pengaruh rakan sebaya adalah kurang berbanding dengan pelajar di sekolah harian kerana mereka bebas bergaul dengan rakan seusia mereka akan tetapi, pergaulan tanpa kawalan daripada pihak ibu bapa juga boleh menjurus ke arah perkara yang tidak sihat seperti buli yang boleh meyebabkan tekanan perasaan pada mangsa buli dan lebih parah lagi, boleh juga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.

Sesetengah ibu bapa berpendapat bahawa dengan sistem pembelajaran di rumah membolehkan mereka mengawal bagaimana cara pembelajaran dan medium pembelajaran yang bersesuaian untuk digunakan dan lebih mengenal pastu kebolehan anak mereka. Di samping itu, ibu bapa juga boleh mengenal pasti minat and kecenderungan dalam sesuatu bidang dan juga mereka boleh memupuk minat tersebut kepada anak mereka. Di sekolah, guru juga menggunakan pelbagai jenis medium pembelajaran sebagai pendekatan dan alat bantuan mengajar bagi memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman. Tapi adakah dalam bilangan pelajar purata 40 orang di dalam satu kelas, kesemua mereka boleh memahami cara dan medium pembelajaran yang digunakan?

Melalui sistem pembelajaran di rumah ini juga, hubungan anak anak dan ibu bapa juga menjadi lebih akrab dan mereka juga boleh memantau aktiviti seharian anak mereka. Oleh sebab itu, kebanyakkan ibu bapa memilih untuk mengajar sendiri anak mereka di rumah daripada menghantar anak mereka ke sekolah harian.

Dengan itu juga, ibu bapa menpunyai tanggungjawab sepenuhnya dan kebebasan dalam memberikan pendidikan agama dan moral dengan lebih praktikal. Selain itu, ibu bapa juga dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak mereka. Sesi pembelajaran di rumah juga membolehkan ibu bapa menetapkan waktu pembelajaran sendiri dan ianya lebih fleksibel. Oleh itu, anak anak juga tidak terikat dgn jadual waktu persekolahan yang ditetapkan. Sebagai contoh, kadang kala perkara kecemasan seperti kematian ahli keluarga/masalah kesihatan boleh berlaku pada waktu persekolahan dan menyebabkan pelajar tersebut tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah. Manakala, jika perkara kecemasan tersebut berlaku kepada pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran di rumah maka peluang untuk dia ketinggalan dalam pelajaran selama beberapa hari tidak menghadirkan diri adalah sangat tipis.

Bagi pelajar itu sendiri, pembelajaran di rumah juga dilihat melatih mereka untuk berdikari dan membuat keputusan dan menentukan waktu pembelajaran dan medium pembelajaran yang akan mereka gunakan. Berbanding pelajar di sekolah, mereka hanya mendengar and mengikut arahan yang diberikan oleh guru dan terbeban dengan tugasan sekolah yang kebanyakkannya tidak efektif dalam meningatkan tahap pemahaman pelajar. Misalnya membaca. Pelajar di sekolah harian diberikan bahan bacaan yang banyak dqn menyebabkan pelajar hilang minat dalam membaca dan aktiviti ini menjadi satu paksaan bagi mereka. Manakala, pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran di rumah pula boleh memilih bahan bacaan berdasarkan tahap pemahaman mereka.

Tuntasnya, sesi pembelajaran di rumah adalah satu peluang unik sebagai pendidikan altenatif dengan persekitaran pembelajaran yang ternyata lebih selesa jika dibandingkan dengan sekolah harian biasa.