Kisah Tragis Di Sebalik Kejayaan Victoria’s Secret

0
657

 

logo-Victoria_s_Secret

Siapa tak kenal produk pakaian dalam wanita, Victoria’s Secret? Sebahagian besar orang pasti tahu Victoria’s Secret adalah pembekal pereka pakaian dalam wanita yang terbesar dan terkenal di dunia. Namun, adakah anda tahu siapa pemilik yang sebenarnya?

Roy Raymond adalah pencetus idea untuk membuka kedai khas untuk produk pakaian dalam wanita Victoria’s Secret. Beliau mendapat ilham dari pengalamannya yang

malu untuk membeli pakaian dalam isterinya tetapi malu. Roy Raymond adalah siswazah dari Tufts University dan Standford Graduate School of Bussiness.

Kedai pertama Victoria’s Secret telah dibuka di Standford Shopping Center dengan modal berhutang sebanyak USD$40, 000  dari bank dan USD$40, 000 lagi berhutang dari seorang temannya.

Pada tahun pertama Victoria’s Secret dilancarkan, Roy telah mendapat keuntungan yang tinggi sebanyak USD$50, 000. Apabila Roy melihat perniagaan Victoria’s Secret ini mendapat sambutan yang hangat dari pelanggan, Beliau pun memperluaskan lagi empayar perniagaanya dengan membuka 3 buah kedai baru dan mengadakan pesanan mail melalui katalog.

[auth]

Namun setelah 5 tahun penubuhan pada tahun 1982 secara tiba-tiba Roy telah menjual semua perniagaan beserta asetnya sekali kepada pesaing terbesarnya Leslie Waxner iaitu CEO The Limited (produk pakaian dalam wanita pesaing Victoria’s Secret) dengan harga USD$4, 000, 000

Sebahagian orang menggap keputusan tersebut terburu-buru dan tidak berfikir panjang. Namun selepas 2 tahun kemudian, tanpa berfikir Roy telah membuka perniagaan berasaskan pakaian, bernama My Child’s Destiny. Perniagaan ini mengeluarkan produk pakaian untuk kanak-kanak. Pada tahun kedua penubuhannya dari segi perkembangannya ia sangat berbeza dengan perniagaan sebelumnya.

Semasa beliau menjalankan perniagaan Victoria’s Secret pada tahun ke 2 penubuhannya sudah mendapat keuntungan tetapi bagi syarikat My Child’s Destiny pada tahun ke 2, beliau mengalami kerugian yang teruk seterusnya menyebabkan bangkrap. Disebabkan syarikat My Child’s Destiny telah bangkrap ia menyebabkan Roy tersepit dengan hutang sebanyak USD$77, 000

Kesan dari kejadian tersebut Roy telah membuat keputusan untuk membunuh diri dengan cara melompat dari atas jambatan Golden Gate di San Fransisco pada 2 September 1993 di usia 47 tahun kisah tragedi dari seseorang yang Berjaya dari perniagaannya “out of the box” .

Kesimpulannya di dalam dunia perniagaan tidak salah kita sukakan cabaran tetapi kita perlulah mengkaji segala kemungkinan dan jalan penyelesaiannya kesan akibatnya yang di buat sebelum membuat sesuatu keputusan. Walaupun bekas pemilik sebenarnya sudah tiada lagi di dunia namun jenama Victoria’s Secret tetap mendapat sambutan hangat dari pelanggan tidak kira golongan usia kerana ia sentiasa mendapat sambut yang menggalakkan sehingga masa kini.

[/auth]