Mengapa Analisa Kewangan Sangat Penting Untuk Sesebuah Bisnes

0
2034

Proses mengkaji laporan kewangan yang bertujuan untuk menilai dan meramal keadaan kewangan sesebuah syarikat dan menilai pencapaian syarikat tersebut pada masa lalu dan sekarang, dikenali sebagai analisis kewangan. Selain itu, ia juga boleh menerangkan hubungan antara angka-angka di dalam penyata kewangan dengan angka-angka lain yang mempunyai kepentingan untuk menjelaskan arah perubahan dalam fenomena

Angka-angka dalam laporan kewangan tidak menyampaikan banyak maksud apabila dilihat secara individu, tetapi dengan adanya analisis kewangan angka-angka ini akan lebih mudah untuk ditafsir. Berikut adalah beberapa peranan analisis penyata kewangan:

Faedah-faedah analisis kewangan

Analisis kewangan sangat penting untuk memastikan cashflow syarikat berjalan dengan lancar. Berikut adalah feadah-faedah daripada laporan analisis kewangan sesebuah syarikat:

  • Untuk perbandingan di antara suatu syarikat dengan syarikat yang lain, atau perbandingan satu laporan kewangan dengan laporan kewangan lain. Jika terdapat satu atau lebih kelemahan dalam laporan kewangan, maka tindakan perlu diambil untuk menanganinya.
  • Untuk mengetahui kedudukan kewangan syarikat dalam tempoh tertentu. Contohnya aset, liability, kos atau jualan syarikat dalam tempoh tertentu.
  • Untuk mengetahui kelemahan dalam syarikat.
  • Untuk mengetahui kekuatan yang dimiliki syarikat.
  • Untuk mengetahui langkah pemulihan yang perlu diambil berdasarkan kedudukan kewangan syarikat.
  • Untuk memberi maklumat yang lebih luas dan mendalam berbanding dengan laporan kewangan yang biasa.
  • Dapat mendalami beberapa informasi yang tidak nampak secara mata kasar dari suatu laporan kewangan atau di sebalik laporan kewangan tersebut.
  • Dapat mengetahui kesilapan-kesilapan dalam laporan kewangan serta dapat membongkar isu-isu lain yang konsisten dengan laporan kewangan lain; atau kaitannya dengan maklumat luar dari syarikat.
  • Dapat menentukan taraf sesebuah syarikat mengikut kriteria umum industri di peringkat global.
  • Dapat membuat perbandingan situasi sesebuah syarikat dengan syarikat lain dalam tempoh yang lalu atau perbandingan mengikut standard normal industri atau ideal.
  • Dapat memahami situasi dan juga keadaan kewangan, pendapatan serta struktur kewangan sesebuah syarikat.
  • Dapat meramal potensi syarikat di masa yang akan datang.
  • Dapat memberikan informasi yang diperlukan oleh para pengambil (taker) untuk mencapai keputusan.
  • Untuk melakukan penilaian prestasi pengurusan di masa akan datang; samada perlu melakukan perubahan atau tidak.
  • Dapat digunakan untuk membanding pendapatan syarikat dengan syarikat lain yang sejenis.

Tujuan analisis kewangan

Pada dasarnya setiap kegiatan pengurusan bertujuan untuk mendapatkan sesuatu. Berikut adalah berbagai tujuan analisis kewangan dibuat untuk sesebuah syarikat:

Screening – Analisis dilakukan dengan tujuan untuk memilih suatu kemungkinan pelaburan atau penggabungan (merger).

Forecasting – Analisis digunakan untuk meramal suatu keadaan kewangan syarikat di masa akan datang.

Diagnosis – Analisis bertujuan untuk melihat kemungkinan adanya masalah-masalah dalam pengurusan, operasi, kewangan dan lain-lain.

Evaluation – Analisis dilakukan untuk menilai pengurusan, operasi dan kecekapan. Prestasi sesebuah syarikat juga dapat dinilai.

Understanding – Dengan melakukan analisis kewangan, maklumat mentah yang dibaca dalam laporan kewangan akan ditafsirkan dengan lebih luas dan mendalam, serta mudah difahami.

Demikian beberapa fungsi analisis kewangan sesebuah syarikat. Untuk memajukan lagi syarikat, seorang pemimpin perlu menghasilkan laporan kewangan dengan baik agar kerugian dapat dihindari. Selain itu, untuk menghindari penyelewengan wang syarikat, maka analisa perlu dibuat terhadap laporan kewangan tersebut. Ini perlu dibuat bagi mengatasi penyelewengan yang telah berlaku, supaya syarikat yng dipimpin dapat berjalan lancar and berkembang pesat. Diharapkan artikel ini dapat membantu para pemimpin dan calon pemimpin syarikat dalam mengandalikan syarikat mereka.