Peluang Perniagaan Bengkel Motosikal

0
3621

Kepesatan perkembangan automotif terutama sekali yang beroda dua (motosikal), memberi peluang dalam membuka perusahaan bengkel motosikal, kedai alat ganti dan aksesori motosikal, sebagai suatu perniagaan yang mampu mendatangkan keuntungan.

Sebelum anda memulakan perniagaan ini, terdapat beberapa perkara yang harus anda ketahui terutama bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Berikut adalah tips untuk membuka perniagaan bengkel motosikal.

Lokasi

Faktor paling penting adalah pemilihan lokasi perniagaan serta sasaran pelanggan dan saingan. Pada dasarnya lokasi yang baik untuk membuka semua jenis perniagaan sangat penting dan harus dipilih dengan baik. Sama juga dengan halnya bagi perniagaan bengkel motosikal.

Lokasi yang strategik biasanya berdekatan kawasan pasaran yang disasarkan; iaitu pada jarak radius lebih kurang 1 km daripada kawasan terdapat banyaknya penunggang motosikal seperti kawasan kediaman, perumahaan, pejabat dan sebagainya.

Sasaran Pasaran

Setelah menemui lokasi yang ideal, Anda boleh memilih sasaran pasaran atau bakal pengguna perkhidmatan bengkel anda nanti. Jenis bengkel yang boleh anda buka, antaranya adalah bengkel rasmi, bengkel umum, bengkel tune up.
Jika Anda ingin membuka bengkel rasmi, Anda boleh menghubungi terus pejabat service center yang Anda inginkan dan biasanya anda perlu memenuhi syarat-syarat tertentu dan tertakluk kepada perusahaan yang diizinkan.

Sasaran pasaran atau sasaran pelanggan bengkel umum adalah pengguna motosikal biasa yang memerlukan servis standard dengan penggantian spare part dan kerja baikpulih ringan.

Berbeza halnya dengan bengkel rasmi, bengkel tune up memberikan khidmat pakar untuk modifikasi motosikal menjadi tidak standard, dan biasanya untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk mengubah kecepatan atau akselerasi motosikal. Pasarannya lebih kecil dan bagi pasaran ini biasanya lokasi tidak menentu kerana pelanggan biasa dijangkaui melalui kegiatan promosi khas.

Persaingan Dalam Perniagaan

Perkara seterusnya yang harus dipertimbangkan adalah persaingan, iaitu pesaing atau bengkel yang telah sedia ada di sekitar lokasi yang anda pilih untuk membuka perniagaan.

Anda harus memiliki visi serta misi untuk mencari pelanggan secara bersaing. Persaingan yang sihat akan membangunkan perniagaan dengan lebih baik, malah mendorong anda untuk sentiasa memberi layanan yang baik.

Kerja Yang Cekap

Hal selanjutnya adalah menentukan kualiti mekanik/pekerja teknikal, kerana jika bengkel diibaratkan seperti kedai makan, mekanik adalah seorang tukang masak; kualiti kerjanya akan menentukan masa depan bengkel anda.
Pihak pengurusan sesuatu bengkel secara amnya memastikan perkhidmatan bermutu serta keselesaan pelanggan, kertersusunan sesuatu bengkel, sistem administrasi bengkel dan sebagainya. Pengurusan sesuatu perniagaan sangat penting, terutama sekali dalam pengurusan kewangan, yang merangkumi pengurusan kos perkhidmatan, harga yang dikenakan kepada pelanggan, pengiraan sasaran jualan, sistem gaji pekerja dan sebagainya.

Hal ini dilakukan bertujuan untuk membolehkan penganggaran dana dan sasaran pelaburan atau waktu pulang modal (breakeven point) dikira secara terperinci.

Peralatan dan Kelengkapan

Perkara selanjutnya yang harus anda fikirkan adalah mengenai peralatan dan kelengkapan. Terdapat banyak jenis, jenama serta kualiti peralatan yang ada. Bagi anda yang baru sahaja merintis perniagaan bengkel ini, anda disarankan untuk memilih peralatan yang basic atau standard sahaja terlebih dahulu. Untuk mengetahui tentang peralatan serta kelengkapan kerja yang lebih khusus, anda boleh bertanya terus kepada penjual peralatan bengkel. Pilihlah peralatan yang kualiti dan tahan lama.

Nah, itulah beberapa hal yang perlu Anda pertimbangkan semasa memulai perniagaan bengkel motosikal. Perniagaan bengkel ini tidak akan pernah sepi, kerana semakin bertambahnya jumlah kenderaan motor roda dua ini. Semoga perkongsian ini dapat membantu..