Peluang Perniagaan Untuk Suri Rumahtangga

0
585

Sebenarnya ada banyak peluang perniagaan yang terbuka bagi seorang suri rumahtangga. Malah perniagaan suri rumahtangga mampu menjana keuntungan yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan pekerjaan tetap seperti pekerja sektor swasta atau kakitangan kerajaan.

Kepintatan dalam mengelola dan mengatur perniagaan merupakan salah satu kunci kejayaan dalam perniagaan kecil sebagaimana yang boleh dusahakan oleh para suri rumahtangga.

Berikut adalah beberapa jenis perniagaan yang boleh diceburi sebagai rujukan bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan.

1.Menjual Produk Kosmetik

Perniagaan kosmetik boleh dilakukan oleh seorang suri rumahtangga, kerana secara umumnya, golongan wanita sememangnya suka menjaga kecantikan dan menjaga kesihatan.

Ini merupakan salah satu peluang perniagaan luar biasa. Jika produk yang anda jual itu mempunyai kualiti yang baik, maka pesanan yang diterima daripada pelanggan akan semakin bertambah. Dengan itu, perniagaan anda akan terus berkembang dan lebih berjaya.

2.Menjahit Pakaian

Jika anda merupakan seorang suri rumahtangga yang mempunyai bakat dalam menjahit pakaian, maka ini boleh dijadikan peluang perniagaan yang baik. Lebih-lebih lagi jika menjahit pakaian itu merupakan hobi anda, maka perniagaan sebegini akan lebih mudah anda jalankan, di samping menambah punca pendapatan.

Namun bagi anda yang tidak pandai menjahit, anda boleh mencari pekerja yang mempunyai kebolehan menjahit. Anda perlu pintar dan kreatif dalam membuat pemasaran. Buatkan satu strategi pemasaran yang berkesan seperti mengedarkan risalah di kawasan perumahan, membuat iklan ringkas dalam suratkhabar atau media lain.

3.Perniagaan Catering

Perniagaan berbentuk makanan memang akan sentiasa laris kerana kita semua perlu makan. Perniagaan ini akan lebih laris jika hidangan yang dibuat lazat dan sedap. Bagi anda yang mempunyai hobi memasak, ini merupakan salah satu peluang perniagaan yang boleh anda buat bagi menambahkan pendapatan.

Dalam memulakan perniagaan ini, anda perlu mempunya menu yang beraneka jenis dan turut menyediakan perkhidmatan menghantar makanan kepada pelanggan, supaya pelanggan merasa puas hati dengan kesuluruhan perkhidmatan yang diberikan. Malah mereka boleh menjadi pelanggan tetap perniagaan catering anda.

4.Membuat Kuih Muih

Perniagaan ini sangat diminati oleh golongan suri rumahtangga kerana ramai yang mempunyai hobi memasak lebih-lebih lagi membuat kuih.
Jika anda adalah salah seorang suri rumahtangga yang mempunyai hobi membuat kuih-muih, maka perniagaan membuat kuih-muih merupakan salah satu perniagaan yang boleh diusahakan.

Memandangkan membuit kuih ini sudah menjadi hobi, ia boleh diperkembangkan sebagai punca pendapatan. Pasaran untuk kuih-muih sangat besar dan jika anda kreatif dan pandai melakukan pemasaran, anda pasti boleh mengisi kehendak masyarakat.

Anda boleh mencuba pelbagai jenis resepi kuih-muih yang boleh didapati melalui internet dan buku resepi.

5.Menjadi Dropshipper

Peluang perniagaan jenis ini sangat menarik dan boleh dilakukan oleh ramai orang termasuk suri rumahtangga. Dropshipper merupakan satu bentuk perniagaan online yang banyak diceburi, namun jenis produk yang ditawarkan boleh diperluaskan.

Tipsnya mudah. Anda boleh mencari penjual produk di beberapa laman jualbeli online seperti mudah.my, lelong ataupun facebook dan sebagainya, atau anda boleh juga mencari iklan dalam surat khabar dan ajaklah mereka untuk bekerjasama supaya anda dapat menjual produk mereka dan mendapat komisyen/keuntungan bagi setiap produk yang terjual

Perniagaan dropship online ini memang memerlukan kreativiti serta memerlukan banyak masa dihabiskan online. Setiap hari anda perlu mengenepikan waktu sekitar 2 hingga 4 jam untuk membuat promosi dan mencari produk untuk dijual.

Demikianlah beberapa peluang perniagaan yang boleh dilakukan oleh seorang suri rumahtangga. Sebenarnya masih banyak lagi peluang perniagaan yang boleh dibuat. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda.