Rahsia Promosi Murah dan Ceria bagi Perniagaan Makanan

0
1699

Mempromosikan perniagaan makanan, samada gerai makan atau restoran, merupakan suatu fasa yang mencabar bagi sesorang pemilik perniagaan. Sudah tentu kita tidak mahu mengeluarkan belanja yang besar untuk membuat promosi yang kurang berkesan. Jadi, bagaimana untuk melakukan promosi kedai makanan yang murah tetapi berkesan? Berikut merupakan beberapa cara yang dapat anda terapkan:

1.Mulut ke mulut atau pengakuan

Cara ini merupakan cara tradisional yang masih sangat berkesan sehingga sekarang. Cara yang paling mudah adalah dengan menjemput atau memberi ceramah kepada perjumpaan para wanita dan memberikan sampel produk Anda. Berikan bungkusan dan perisa yang terbaik sebagai sampel makanan tersebut, tapi ianya haruslah sepertimana hasil produk Anda. Jangan sampai sampel yang diberikan lebih baik daripada produk yang dijual di kedai.

2.Promosi melalui laman sosial

Sudah tentu anda tidak asing lagi dengan Facebook, Twitter, Foursquare, YouTube dan lain-lain. Anda boleh menggunakan kaedah ini, kerana ianya percuma dan mudah untuk dilaksanakan. Anda boleh memuat naik gambar-gambar makanan di restoran Anda dan jangan lupa berikan alamat dan nombor telefon restoran tersebut. Sentiasa sebarkan berita terbaru tentang restoran anda melalui media ini.

3.E-mel dan pemasaran mobile

Jika boleh, dapatkan alamat e-mel atau nombor telefon bimbit pelanggan. Dengan ini Anda dapat memaklumkan berita-berita terbaru tentang restoran Anda kepada para pelanggan dari masa ke semasa. Tapi jangan lupa untuk menanyakan pelanggan samada mereka mahu dihubungi melalui e-mel atau SMS sekiranya terdapat promosi di restoran Anda. Ini kerana ada juga pelanggan yang merasa terganggu apabila menerima promosi-promosi sebegini. Silap-silap nanti pelanggan akan lari jika kita menghubungi mereka dengan cara ini.

4. Pelekat promosi di tempat-tempat menunggu

Anda boleh membuat pelekat kecil tentang restoran anda dan tempelkan di tempat-tempat umum, terutamanya di tempat terdapat ramai orang menunggu dan berbaris seperti di tandas, perhentian bus dan pengangkutan awam. Anda juga boleh memberikan pelekat kereta percuma di tempat letak kereta yang menyatakan nama dan gambar makanan yang disediakan di restoran Anda.