Tips Memulakan Perusahaan Studio Muzik

0
1239

Dunia muzik akan terus berkembang dan perkara ini memberi peluang perniaggan kepada anda yang berminat untuk membuka perusahaan studio muzik. Ramai yang tidak berminat untuk menjalankan perusahaan ini kerana ia memerlukan modal yang besar untuk membeli peralatan muzik.

Dalam menjalankan sesuatu perusahaan sudah pasti ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Begitu juga halnya dalam memulakan perusahaan menyediakaan ruang sewa studio muzik.

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda titik beratkan dalam memulakan perusahaan studio muzik:

1.Lokasi yang Strategik
Pemilihan lokasi merupakan salah satu perkara yang penting dalam memulakan sesuatu perniagaan. Untuk mengurangkan kos, anda boleh menggunakan ruangan tempat tinggal atau rumah anda sendiri untuk dijadikan studio muzik. Tetapi jika mempunyai modal yang cukup anda boleh menyewa tempat berniaga.
Pilihlah lokasi yang strategik; lokasi yang berhampiran dengan para pelanggan seperti di sekitar kampus universiti atau pusat pendidikan, dan sediakan tempat letak kenderaan..

2.Ruangan
Keluasan studio muzik yang minima ialah 4 meter x 4 meter, dengan ketinggian minima 3 meter. Ukuran ini ditentukan berdasarkan kemampuan panjang gelombang suatu alat musik bass yang mampu mencapai jarak hingga 34 meter satu gelombang.

Jika gelombang tersebut terpantul dengan kurang sempurna, maka ia akan menghasilkan bunyi yang kurang merdu. Hindari ruangan berbentuk kubus, kerana ini menyebabkan standing wave yang berada di sekitar tengah ruangan, yang menyebabkan bunyi yang tidak sedap didengar.

Gunakan bass trap pada setiap sudut ruangan. Bass trap dapat dibuat per modul, dengan ukuran minima 80 cm x 120 cm per modul, diisi dengan rigid fiberglass (biasanya bahan berwarna kuning seperti Dacron). Selain itu semua permukaan dinding perlu dipasang dengan diffusor atau pemecah suara, dan elakkan dua permukaan yang saling bertentangan secara selari.

Di beberapa studio muzik yang pernah saya kunjungi, bagi menjimatkan kos, mereka menggunakan rak telur sebagai media untuk meredam bunyi pada dinding ruangan studio. Pada permulaan perniagaan anda mungkin boleh menggunakan cara ini.

3.Spesifikasi Suatu Peralatan
Spesifikasi suatu studio muzik rental ini dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu alat muzik tempatan, berlesen, dan build-up atau original. Untuk spesifikasi alat-alat buatan dalam negeri, biasanya modal yang diperlukan adalah lebih kurang RM10, 000. Ramai yang berpendapat bahawa kualiti sesuatu alat buatan dalam negeri tidak sebaik alat muzik yang berlesen atau yang original. Jika anda merasakan harga peralatan berlesen itu mahal, tidak salah sekiranya anda menggunakan peralatan buatan tempatan.

Untuk alat musik yang berlesen, anda memerlukan modal sekitar RM15, 000-RM25, 000. Walaupun harganya mahal, namun ia memiliki kualiti yang baik. Namun begitu anda harus cermat dan teliti dalam memilih sesuatu alat muzik.
Alat musik build up atau original ini biasanya bernilai RM25, 000 atau lebih, tetapi anda tidak perlu bimbang atau ragu dengan masalah kualitinya.

Kebanyakan orang yang hendak menyewa sebuah studio muzik itu membuat pilihan berdasarkan alat muzik yang disediakan, jadi pilihlah alat muzik yang sesuai dengan keperluan.

4.Pengurusan
Menjalankan pernigaan studio muzik ini bukan hanya bergantung dengan kesesuaian lokasi, alat musik dan ruangan studio sahaja, malah sistem pengurusan harus dilaksanakan dengan rapi, terutamanya dalam pengurusan kewangan.

Contohnya dalam menguruskan kos operasi dan baik pulih muzik seperti penyediaan stok tali gitar, tali bass, drumstick dan lain-lain; kos bil bulanan untuk telefon dan elektrik. Hal-hal ini merupakan sebahagian daripada perkara yang perlu diuruskan dengan baik.

Demikianlah beberapa perkara yang harus diutamakan dalam menjalankan perniagaan atau perusahaan Sewa Studio Muzik. Semoga ia dapat membantu anda yang ingin memulakan perusahaan ini.