Tips Pemasaran Ayam Goreng Ala Kentucky

0
491

Persaingan dalam perniagaan ayam goreng ala Kentucky sekarang sudah semakin sengit. Untuk kekal bersaing dan meningkatkan hasil jualan, ayam goreng anda harus mempunyai kelainan berbanding dengan peniaga-peniaga lain. Ini memerlukan waktu dan kesabaran.

Berikut merupakan tips pemasaran ayam goreng ala Kentucky yang boleh digunakan dalam perniagaan anda:

1.Rasa yang unik dan berbeza

Anda harus cuba menjual ayam goreng Kentucky yang berlainan perisa setiap hari supaya ayam goreng anda dapat menarik minat pembeli. Contohnya, setiap hari isnin anda boleh menjual ayam goreng ala Kentucky berperisa “hot & spicy”, hari Selasa perisa “BBQ”, dan perisa-perisa lain pada hari-hari selanjutnya. Berikan nama yang unik untuk setiap perisa yang ditawarkan. Contohnya, ayam “KARI LETUP” untuk perisa “kari pedas”. Anda juga boleh terus menjual ayam goreng perisa biasa kerana memang ada pembeli yang lebih suka dengan perisa biasa.

2.Maklumat yang jelas

Berikan maklumat yang jelas kepada pembeli tentang perisa baru ayam goreng yang anda tawarkan. Pasang sepanduk dengan rekaan yang menarik dan gunakan tulisan yang jelas. Ini bertujuan untuk menarik perhatian orang yang lalu-lalang untuk datang mencuba.

3.Kekalkan kualiti dan rasa

Anda perlu mengekalkan kualiti dan rasa agar para pembeli tidak dikecewakan. Anda perlu mempunyai kualiti pembuatan yang konsisten dan sentiasa menggunakan bahan-bahan berkualiti yang serupa.

4.Edarkan risalah

Sekali-sekala, edarkan risalah ke kawasan perumahan dan pejabat yang berhampiran tempat anda berniaga. Berikan juga sehelai risalah kepada setiap pelanggan yang datang supaya mereka dapat memberikannya kepada orang lain.

5.Perkhidmatan terbaik

Sentiasa berikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pembeli yang datang supaya mereka merasa selesa dan sudi datang kembali. Jangan sekali-kali melayan pelanggan anda menggunakan kata-kata yang kurang sopan. Jika ramai pelanggan anda berpuas hati denagn perkhidmatan yang diberikan, maka anda akan mempunyai pelanggan setia dan ini bermaksud perniagaan anda boleh terus berkembang.

Selamat mencuba tips pemasaran ayam goreng ala Kentucky yang telah saya sajikan di atas dan selamat berjaya!