Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu untuk hidup senang. 

Meskipun bermula dengan kecil-kecilan, tetapi berkat ketekunan dan kesabaran pastinya akan membuahkan hasil yang membanggakan. Islam sendiri telah menegaskan bahawa perniagaan merupakan 9/10 daripada pintu rezeki. 

Di zaman yang serba moden ini kita memerlukan sumber kewangan yang mencukupi untuk menjalani kehidupan seharian. Sebelum ini mungkin anda tertanya-tanya jenis perniagaan apakah yang patut diceburi, berapa modal diperlukan dan bagaimana untuk mendapatkan latihan dan khidmat nasihat. Anda bakal mengetahui tentang peluang-peluang perniagaan yang berpotensi menjana pendapatan lumayan secara tetap atau sambilan.

Terdapat dua kategori perniagaan yang ditawarkan oleh pihak Usahawan.Com Sdn Bhd iaitu

1- Pakej Perniagaan Makanan
2- Pakej Perniagaan Cetakan dan Cenderahati

PAKEJ PERNIAGAAN CETAKAN & CENDERAHATI

Perniagaan percetakan sememangnya mempunyai pasaran yang amat luas dan sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi di kalangan masyarakat.

Sememangnya ia adalah satu jenis perniagaan yang harus diceburi kerana kejayaan sesuatu perniagaan baru itu bergantung kepada pasaran dan permintaan yang tinggi terhadap produk tersebut.

Disebabkan konsep pantas dan segera yang ada pada perniagaan ini, margin keuntungan yang besar dapat digunakan dan usahawan tidak perlu lama untuk menunggu pulang modal.

Perniagaan percetakan akan memberikan kadar keuntungan yang lebih tinggi sekitar 100% hingga 300%. Walaupun kadar keuntungan yang lebih tinggi, risiko pembaziran pula lebih minima kerana produk percetakan tidak akan busuk dan tidak perlu dibuang jika tidak dapat dijual seperti produk makanan dan minuman.

Kelebihan Pakej Perniagaan Percetakan :-

• Modal permulaan yang rendah. Bermula dari RM820 ke atas
• Permintaan produk yang sentiasa berpanjangan dan tidak bermusim
• Boleh mencipta produk baru dengan design sendiri.
• Keuntungan 100% menjadi milik sendiri
• Boleh dijalankan secara part-time

Pakej Perniagaan Percetakan yang ditawarkan:-

PAKEJ PERNIAGAAN MAKANAN

Perniagaan makanan di Malaysia sentiasa mengalami transformasi yang amat amat menggalakkan di pasaran tempatan. Lahirnya produk-produk yang baru dan unik sentiasa menjadi peluang kepada peniaga untuk menjadikannya sumber pendapatan tidak kira besar atau kecil perniagaan tersebut.
Perniagaan yang mengetengahkan menu yang unik dan lazat dengan kaedah penyediaan yang ringkas setiasa menjadi pilihan. Sasaran pelbagai lapian masyarakat dan peringkat umur sentiasa menjadi keutamaan dalam menu yang diperkenalkan.

Konsep mudah alih yang diperkenalkan disini amat memudahkan peniaga menjalankan perniagaan hampir dimana sahaja lokasi strategik seperti kafe, restoran, food court, dalam pusat membeli belah atau pasaraya, kaki lima, kantin, majlis keramaian dan lain-lain tempat.
Perniagaan makanan akan sentiasa menjadi perniagaan utama di dunia kerana Fitrah manusia sememangnya perlu makan untuk hidup.

Kelebihan Pakej Perniagaan Makanan :-

• Modal permulaan yang rendah. Bermula dari RM799 ke atas
• Permintaan produk yang sentiasa berpanjangan dan tidak bermusim
• Boleh diniagakan sesiapa sahawa tanpa perlu kemahiran professional, dan dimana sahaja asalkan sesuai dan strategik.
• Keuntungan 100% menjadi milik sendiri
• Boleh dijalankan secara part-time

Pakej Perniagaan Makanan yang ditawarkan:-