Mengapa perlu memilih Usahawan.com sebagai rakan perniagaan anda?

Sebab 1: Syarikat Milik Penuh Bumiputera

staff

Usahawan.com menjurus ke arah menjadi penyedia peluang perniagaan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Hasrat kami adalah untuk membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.

Teras perniagaan kami adalah untuk membina hubungan baik dengan pelanggan dan untuk menjadi lebih peka terhadap citarasa pelanggan yang sentiasa berkembang. Kami bertindak mengikut gerak hati pelanggan, pembekal, rakan niaga dan pesaing dalam pasaran yang sentiasa berubah-ubah disamping sentiasa mencari penyelesaian kos yang lebih efektif dan berfikiran terbuka terhadap teknologi baru dalam membantu menyelaraskan operasi kami di seluruh negara.

Sebab 2: Pengimport/ Pembekal Secara Langsung

stock-usahawan

stock-usahawan2

stock-usahawan3

usahawan-stock5

Kesemua produk diperolehi secara langsung daripada kilang, pengeluar dan pengimport.

usahawan-factory

Segala usaha kami adalah untuk kepuasan para pelanggan. Oleh itu, kami menawarkan produk-produk terbaik dengan kualiti yang telah teruji.

Sebab 3: Bukan Sistem Francais

Tawaran kesemua pakej perniagaan kami adalah bukan francais. Oleh itu,  jimatkan sebahagian besar dari wang anda daripada membayar yuran untuk francais, bayaran royalti bulanan dan lain-lain kos. Anda tidak akan terikat dengan pelbagai sekatan sistem francais dan mempunyai kebebasan untuk menggunakan kemahiran untuk memasarkan produk anda sendiri.

Kami tidak mempunyai halangan untuk anda menggabungkan perniagaan yang lain dengan produk kami, bahkan menggalakkan anda untuk berbuat demikian untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan anda.

Pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com pula sesuai untuk diniagakan secara part-time atau full-time samada di rumah, kedai, kiosk, karnival, ekspo, pejabat, sekolah, kolej, universiti mahupun secara online bergantung pada jenis perniagaan yang dipilih.

Sebab 4: Harga yang Berpatutan & Mampu Milik

Semua produk yang dijual dengan harga berpatutan yang mampu dimiliki segenap lapisan masyarakat.

Sebab 5: Latihan Percuma

Kami memberi demo & latihan secara PERCUMA berdasarkan permintaan yang akan diadakan di cawangan kami di Negeri Sembilan, Selangor, Johor & Pulau Pinang.

Sebab 6: Sokongan Selepas Jualan

Kami tidak membiarkan anda berlalu begitu sahaja selepas membuat pembelian. Selagi mana yang anda diperlukan, kami menawarkan khidmat bantuan teknikal dan khidmat nasihat secara berterusan.