Bagaimana Menubuhkan Yayasan?

0
250

Atas niat ingin mengurangkan beban seseorang, banyak individu atau syarikat membuka yayasan dimana yayasan ini ditubuhkan untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan bertujuan untuk menjaga kebajikan mereka. Banyak cara yang dapat dilakukan untuk menjaga kebajikan masyarakat, kerajaan juga mempunyai alternatif untuk membantu mereka yang memerlukan. Tetapi, artikel ini akan membuat perkongsian mengenai yayasan dan cara penubuhan yayasan.

Pertama sekali. Anda perlu tahu apakah yang dimaksudkan dengan yayasan. Yayasan boleh ditakrifkan sebagai pertubuhan dengan matlamat untuk membuat kebajikan kepada masyarakat. Tujuan yayasan ditetapkan oleh pengasasnya. Pendaftaran yayasan boleh dibuat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dikawal dibawah Akta Syarikat 2016. Anda juga perlu menyediakan RM1,000,000 secara tunai sahaja yang boleh diperolehi daripada sumbangan indvidu ataupun syarikat.

Selain itu, liabiliti atau tanggungan syarikat adalah terhad kerana jumlah sumbangan adalah terhad. Yayasan juga mempunyai entiti perundangan di mana yayasan ini boleh membuat pinjaman menggunakan nama yayasan tersebut, membuat pembelian, menyewa, melakukan kontrak, menyaman atau disaman, mempunyai harta dengan menggunakan nama yayasan tersebut tanpa melibatkan ahli-ahlinya.

Cara Menubuhkan Yayasan

1- Minimum 2 Pengasas
2 Individu mesti menjadi pengasas kepada yayasan yang dikenali sebagai Founder dan Co-Founder di mana 2 individu tersebut akan menjadi pemegang amanah yayasan yang utama. Pengasas sangat penting dalam penubuhan kerana dialah yang akan menetukan hala tujusyarikat tersebut. Pengasas juga perlu mempunyai wang yang berjumlah RM 1 juta yang diperolehi daripada sumbangan orang luar yayasan.

2- Melantik Setiausaha

Sama seperti penubuhan syarikat, anda sebagai pengasas perlu melantik seorang setiausaha yang bertauliah dan berprofesional untuk membantu anda dalam pengendalian yayasan.  Sebaiknya anda melantik setiausaha yang berlesen bagi mengelakkan sebarang masalah ketika menguruskan penubuhan yayasan anda. Setiausaha akan bertanggungjawab dalam urusan penubuhan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tugas setiausaha sangat penting disini kerana individu tersebut akan membuat kertas kerja dan dihantar ke SSM. SSM akan menyemak kertas kerja tersebut dan mereka akan meluluskan jika semua dokumen lengkap dan mematuhi AS 2016 seperti yang diminta lalu dihantar kepada menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Senarai Semak Permohonan Pemerbadanan Pemegang Amanah di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan)1952 [Akta 258]

Borang Permohonan untuk penubuhan Yayasan dimatikan setem hasil [franking RM30 atau 3 keping setem RM10].

Sesalinan Kad Pengenalan (warganegara) / passport (bukan warganegara) yang diakui sah bagi setiap Pengasas dan Pemegang Amanah (hendaklah dipalangkan dengan perkataan “Untuk Kegunaan Pemerbadanan Pemegang Amanah Sahaja”).

Sesalinan keputusan carian kebankrapan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi setiap Pengasas dan Pemegang Amanah (carian penggulungan syarikat jika pengasas adalah syarikat).

Sesalinan Akuan Bersumpah bagi setiap Pemegang Amanah yang dibuat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.

Sesalinan draf Surat Ikatan Amanah.

Curriculum Vitae (CV) / Resume bagi setiap Pemegang Amanah.

(a) Sesalinan resolusi pelantikan Pemegang Amanah yang ditandatangani oleh Ahli Lembaga Pengarah jika pengasas adalah syarikat atau pertubuhan; atau/dan
(b) Surat pelantikan sebagai Pemegang Amanah.

Surat penerimaan pelantikan sebagai Pemegang Amanah.

Reka bentuk Cop Meterai Am yang dikepilkan bersama ke dalam borang permohonan.

Salinan dokumen-dokumen hak milik bagi hartanah (jika ada).

Sesalinan Sijil Pendaftaran Syarikat/Sijil Pendaftaran Pertubuhan (jika pengasas adalah syarikat atau pertubuhan).

Sesalinan Ringkasan Yayasan (mengenai latar belakang, objektif penubuhan, visi, misi, sumber kewangan yang diperoleh, aktiviti yang hendak dijalankan oleh yayasan, kuasa melantik ahli lembaga pemegang amanah dan ahli lembaga pemegang amanah (tidak melebihi 10 muka surat).

Demikianlah sedikit sebanyak mengenai penubuhan yayasan. Anda boleh melayari laman web SSM atau walk-in di pejabat SSM tersebut.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain