Keunggulan Cutting Vinyl Silhouette CAMEO Pro Yang Ramai Tidak Tahu!

Silhouette CAMEO Pro 24″ ini mempunyai ciri pemotongan yang sama seperti Silhouette CAMEO 4 dan CAMEO Plus 15″. Apa yang membezakan Silhouette CAMEO Pro dengan Silhouette yang lain adalah roller yang terdapat pada mesin tersebut. CAMEO Pro ini membuka peluang kepada dunia baru untuk memvariasikan kegunaannya dalam media, projek dan juga keupayaan yang lain. Dengan tiga kali ganda tahap kelajuannya berbanding Silhouette CAMEO 3, CAMEO Pro merupakan pemotong vinyl yang
amat sesuai bagi mereka yang baru sahaja ingin menggunakannya. Namun, selain memotong vinyl, CAMEO Pro juga membolehkan pemindahan haba, fabrik, acetate, felt, balsa, kayu, kulit dan banyak lagi.

Mesin pemotongan ini sangat diperlukan terutama sekali dalam industri percetakan, perekaan dan sesuai dengan fungsinya yang bukan sahaja untuk memotong vinyl tetapi boleh juga digunakan untuk memotong fabrik dan bahan-bahan yang lain.

Spesifikasi kelengkapan Mesin Cutting Vinyl Silhouette CAMEO Pro

-Berat: 26.10 pound
-Ukuran kotak: 39″ x 12″ x 9.75″
-Kedalaman: 6.5″
-Kelebaran: 34.5″
-Ukuran pemotong vinyl: 24″
-24″ x 24″ pelapik pemotong

  • 4 buah roll feeder
    -1 tahun jaminan (warranty)

Keunggulan Mesin Cutting Vinyl Silhouette CAMEO Pro

-Meningkatkan daya ke bawah iaitu sebanyak 5kg (5000g) bagi membenarkan pemotongan bahan yang tebal seperti kulit, papan tikar, kayu balsa dan busa kraf.

  • Meningkatkan kelajuan pemotongan dengan dua kali ganda lebih laju berbanding CAMEO 3
  • Pelepasan yang tinggi dari 2MM sehingga 3MM
    -Keupayaan menggunakan Silhouette Rotary Blade
    -‘Jenis B’ AutoBlade
    -Alat kelengkapan: Bilah pemusing, Bilah Kraf, Punch tool dan Auto Blade “B”



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain