5 Perbezaan Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad

0
3108

5 Perbezaan Syarikat Sendirian Berhad dan Berhad

Dunia kini semakin maju, tidak kira daripada bidang apapun, semuanya telah bertambah maju. Begitu juga dari sektor perniagaan yang semakin diutamakan untuk berurusniaga dan menambah pertumbuhan GDP setiap negara. Dengan adanya perniagaan juga, peningkatan kesejahteraan hidup rakyat semakin membaik. Oleh sebab itu, perniagaan sangat digalakkan terutamanya di kalangan orang muda untuk menjalankan perniagaan yang membawa keuntungan kepada diri sendiri. Bagi yang berminat berniaga, anda boleh memilih perniagaan jenis apa yang anda minati sama ada perniagaan milikan tunggal, perkongsian, sendirian berhad atau berhad. Jika anda ingin perniagaan yang lebih besar, anda boleh memilih perniagaan jenis syarikat sendirian berhad mahupun berhad. Walaubagaimanapun, anda perlu mengetahui perbezaan dua jenis perniagaan ini sebelum anda memilih dengan sembrono.

Disini saya akan kongsikan apakah perbezaan antara Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad

Bilangan Pemilik


Bilangan pemilik antara dua jenis perniagaan ini berbeza dimana Sdn Bhd mesti mempunyai 2 orang pemegang saham dan paling banyak adalah 50 orang, manakala Berhad juga hampir sama dengan Sdn Bhd iaitu minimum 2 orang tetapi tiada had untuk pemegang sahamnya.

Pemilikan Saham Syarikat


Untuk Sdn Bhd, pemilikan saham hanya terbuka kepada orang persendirian sahaja memandangkan syarikat tersebut adalah ditubuhkan untuk persendirian. Manakala, untuk Berhad ia terbuka kepada orang awam dan dipasarkan melalui pasaran saham ataupun bursa saham.

Pendaftaran Nama Syarikat


Jika anda perasan setiap jenis perniagaan mempunyai perkataan di belakang nama syarikat sebagai simbol jenis syarikat tersebut. Contohnya, untuk Syarikat Sendirian Berhad, perkataan “Sdn Bhd” perlu dimasukkan dalam nama syarikat (belakang nama syarikat). Manakala untuk Berhad, perkataan yang dimasukkan ialah “Bhd”.

Pelantikan Lembaga Pengarah


Dari segi pengurusan iaitu dalam pemilihan dan pelantikan lembaga pengarah di mana Sdn Bhd hanya melantik daripada pemegang saham syarikat, selain itu, pemegang saham yang paling banyak mempunyai hak untuk mengurus syarikat tersebut, dengan kata lain, mereka boleh menjadi lembaga pengarah. Berbeza dengan Syarikat Berhad, pelantikan lembaga syarikat tidak semestinya daripada pemegang saham dan minimum dua orang pengarah yang menjadi lembaga pengarah.

Pemindahan Saham


Secara umumnya saham merupakan sesuatu yang membuktikan hak milik ke atas syarikat dalam bentuk persendirian yang terbatas.Pemindahan saham untuk Sdn Bhd adalah terhad dan jika dipindahkan, mesti mendapatkan persetujuan daripada semua ahli. Manakala untuk Berhad, pemindahan saham boleh dipindah milik secara bebas yang tidak memerlukan persetujuan daripada semua ahli yang terlibat.

Lima perbezaan antara syarikat Sdn Bhd dan Berhad di atas merupakan perkara utama yang perlu diketahui oleh setiap pengusaha. Memang sangat penting dalam perniagaan agar semua pengurusan dalam syarikat atau perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Semoga artikel ini membantu anda!



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain