Tips Buat Cendol Paling Sedap

0
419

TSiapa saja yang tidak kenal dengan “Cendol”? Minuman yang tidak pernah luput terutamanya di kawasan Asia Tenggara. Kita juga sering melihatnya ketika berada di pasar atau di tepi jalan, bahkan cendol dijadikan pencuci mulut jika tetamu bertandang ke rumah.

Seperti yang kita tahu, cendol merupakan minuman pencuci mulut yang hanya boleh ditemui di Asia Tenggara. Cendol mudah dibuat dan anda boleh mempelajarinya hanya dengan  satu kali belajar.

Berdasarkan catatan dari Wikipedia, Jacqueline M. Newman mengatakan bahawa cendol mempunyai cita rasa Malaysia dimana beliau mengaitkan jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo (campur-campur) di Filipina. Dikatakan bahawa, minuman cendol berasal dari Jawa, Indonesia yang dikenali sebagai dawet.

Di artikel ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk menyediakan cendol yang sedap secara homemade. Ikuti langkah-langkah di bawah.

Bahan-bahan:

  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Tepung ubi
  • Air pandan
  • Air kapur
  • Garam

Langkah menyediakannya:

  1. Semua bahan diatas dicampurkan sekali dan digaul hingga sekata di mana kuantiti bahan seperti berikut;
  2. 1 cawan tepung jagung
  3. Setengah cawan tepung beras
  4. 2 sudu besar tepung ubi
  5. 3 cawan air pandan
  6. Setengah sudu kecil air kapur
  7. Secubit garam

Pastikan semua bahan diukur dengan kuantiti yang betul untuk menghasilkan cendol yang sedap.

  • Air perlu dimasak sehingga mendidih dan dikacau
  • Selepas campuran tadi masak, masukkan cendol ke dalam tin yang ditebuk untuk mendapatkan bentuk cendol.
  • Terus masukkan campuran tadi ke dalam tin sehingga campuran tersebut habis. Setelah itu, letakkan ke dalam bekas.
  • Cendol ini berwarna hijau yang menggunakan air pandan.
  • Cendol disejukkan ke dalam peti sejuk

Setelah cendol siap, anda boleh memakannya dengan meletakkan gula Melaka, ais atau kacang merah. Jika anda ingin ai lebih sedap, anda boleh mencuba perasa lain seperti durian atau campuran buah yang lain.

Cendol sangat laku dipasaran, terutamanya semasa bulan Ramadhan. Berniaga cendol juga boleh mendapat keuntungan yang tinggi kerana di pasaran cendol dijual dengan harga yang murah bergantung kepada jenis cendol yang disediakan.

Selamat mencuba!