Apakah Kelayakan Untuk Menjadi Pengarah Dalam Syarikat?

0
1941

Setiap organisasi wajib mempunyai ketua atau pemimpin walaupun organisasi yang kecil. Hal ini kerana, kepentingan mempunyai pemimpin membolehkan organisasi tersebut berjalan dengan lancar, sekiranya terdapat masalah, ia akan menjadi lebih mudah dan dapat diselesaikan dengan baik jika ada seorang ketua, Begitu juga dalam syarikat, pengarah wajib dilantik untuk memimpin pengurusan syarikat agar menjadi lebih baik.

Pengarah didefinisikan dalam Seksyen 4 Akta Syarikat, pengarah merupakan Pegawai Eksekutif yang paling utama dalam syarikat tersebut. Selain itu, Akta Syarikat ada menyatakan bahawa Pengarah termasuklah “…. mana-mana orang yang menduduki kedudukan Pengarah perbadanan melalui apa-apa pun nama yang dipanggil dan temasuklah seseorang mengikut mana-mana arahan atau perintah pengarah-pengarah perbadanan tersebut lazim bertindak dan Pengarah silih ganti atau Pengarah ganti…”.

Syarikat yang telah ditubuhkan mesti mempunyai pengarah syarikat sekurang-kurang dua individu yang mengetahui dan memahami semua undagn-undang dan polisi syarikat. Dalam Akta Syarikat 1965 ada menyatakan hanya 2 kelayakan sahaja yang diperlukan untuk menjadi seorang Pengarah Syarikat iaitu anda mestilah seorang manusia dan mempunyai kelayakan untuk menjadi seorang Pengarah. Tetapi disini saya akan sharekan beberapa kriteria untuk anda menjadi Pengarah Syarikat.

  1. Pengarah mestilah berumur 18 tahun ke atas. Hal ini kerana, umur 18 tahun ke atas sudah boleh berfikir secara matang dan mampu membezakan sama ada baik atau buruk.
  2. Berfikiran waras. Semestinya pengarah berfikiran waras. Bagaimana syarikat diurus dengan baik jika pengarah tidak waras, keadaan syarikat akan kucar-kacir sekiranya pengarah tidak mempunyai kewarasan.
  3. Mempunyai alamat tetap adalah penting untuk seorang pengarah. Alamat tersebut mestilah berada di Malaysia sekiranya syarikat tersebut berada di Malaysia.
  4. Dalam Seksyen 24, pengarah perlu memegang saham dalam syarikat mengikut persetujuan ahli lembaga.
  5. Pengarah bukan seorang yang diisytihar muflis. Point ini suda dinyatakan Seksyen 125 bahawa pengarah bukan seorang yang bankrupt yang tidak mendapat pelepasan daripada mahkamah. Sekiranya pengarah bankrupt terus bertindak sebagai pengarah, maka pengarah tersebut akan dikenakan penjara sehingga 5 tahun atau didenda dengan membayar sejumlah wang sebanyak RM 100,000.00 atau kedua-duanya sekali.
  6. Pengarah Syarikat Awam Berhad mestilah tidak melebihi umur 70 tahun, manakala untuk Syarikat Sdn Bhd tiada had umur (seksyen 126) dengan syarat tiada sabitan kesalahan seksyen 130 iaitu tidak pernah didapati bersalah oleh mahkamah dalam hal-hal penajaan dan tidak dicatitkan kesalahan penipuan atau tidak amanah yang boleh menyebabkan hukuman penjara.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain