Kek Batik dari Jejaka OKU yang Luar Biasa!

0
762

Usahawan Kek Batik OKU yang Berjaya

Kek batik berasaskan biskut dan milo sentiasa dihidangkan ketika ada keramaian. Kek batik yang mempunyai ramai peminat juga membuatkan makanan ini sering dicari. Ramai juga usahawan yang berniaga kek batik tersebut sama ada berniaga dari rumah atau di kedai sendiri. Menerusi kisah seorang lelaki kurang upaya yang membuat perniagaan kek batik untuk memenuhi kehendak pengguna.

Dikenali dengan Mohd Shahril Daud yang merupakan seorang lelaki kurang upaya (OKU) telah mengejut masyarakat dimana beliau telah memperolehi pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan dengan hanya menjual kek batik. Bukan calang-calang usahawan ini, kerana berjaya dalam dunia perniagaan walaupun OKU.

Kek batik yang diberi nama Airil Kek Batik merupakan hasil air tangan beliau. Sharil menjual kek batiknya di kedai kek, kantin dan koperasi sekolah yang berada di sekitar Johor Bahru. Menurutnya, pendapatan hasil menjual kek batik sehingga RM 10,000 sebulan dan juga pernah merekodkan jualan sebanyak RM16,000. Kehilangan sebelah kaki tidak mematahkan semangatnya untuk terus maju. Beliau telah membuktikan, dengan kekurangannya, beliau berhasil membuat sesuatu bahawa “nothing imposible” sekiranya kita berusaha lebih gigih lagi.

Sharil mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan selepas beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2006 yang menyebabkan beliau kehilangan sebelah kaki. Dengan keinginan yang kuat, Sharil bangkit memulakan perniagaan setelah kemalangan menimpa dirinya. Beliau tidak beranggapan kekurangan tersebut menghalangnya untuk maju ke hadapan, bahkan beliau menunjukkan dirinya berjaya dalam perniagaan kek batiknya sehinggakan dia diberi anugerah sebagai peserta terbaik penerima bantuan Azam Kerja Muafakat Johor pada tahun 2016.

 “Saya terpilih sebagai seorang daripada 669 peserta Program Azam Kerja Muafakat Johor 2016 dan bersyukur apabila menerima anugerah peserta terbaik program ini,” katanya dalam nada penuh bersyukur.

Dengan penobatan yang diterima oleh Sharil, kini perniagaan kek batiknya semakin berkembang dan diyakini oleh pengguna mengenai jaminan kualitinya. Kini, beliau membuktikan orang sepertinya mampu berjaya seperti orang lain.

Sharil telah menerima bantuan peti sejuk daripada kerajaan di mana peti sejuk ini membantu beliau dalam perniagaan. Memandangkan pembuatan kek batik memerlukan peti sejuk, kini beliau mudah untuk menghasilkan kek batik dalam kuantiti yang banyak.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain