Rahsia Kewangan Orang-Orang Kaya di Dunia

0
1163

Rahsia kewangan orang-orang kaya yang boleh anda contohi dan amalkan bermula dari sekarang – Bila kita ditanya tentang siapa orang yang terkaya di dunia, majoriti kita menjawab dengan memberi senarai nama-nama orang dalam industri teknologi seperti Bill Gates dan diikuti dengan nama lain seperti Mark Zuckerberg, Warren Buffet, dan sebagainya.

Dari tamadun awal manusia, konsep “orang kaya” selalu dilabel kepada mereka yang memiliki harta yang dominan – lebih banyak berbanding orang-orang lain. Begitu juga di abad pertengahan, dimana pernah hidup orang yang terkaya di Eropah.

Jadi, apa yang membuatkan mereka mampu menjadi orang kaya? Rahsia kewangan apa yang mereka miliki dan amalkan seumur hidup mereka?

Ada 5 rahsia kewangan yang boleh anda contohi bermula dari sekarang supaya dapat mengikuti jejak orang-orang kaya di dunia.

5 rahsia kewangan yang boleh anda contohi bermula dari sekarang:

1. Mampu Menguasai Informasi

Informasi merupakan salah satu perkara yang sangat penting di hampir semua bidang. Contohnya di zaman peperangan, semua pihak berebut informasi, bahkan bersusah-payah melatih pasukan khas untuk mengumpulkan informasi.

Informasi menjadi elemen yang sangat penting pada hampir semua perkara termasuk politik, perniagaan, pelaburan, keamanan negara, dan sebagainya. Maka dari itu, cubalah untuk menguasai informasi yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang anda jalani.

Untuk membolehkan anda menguasai informasi tentu, anda harus mampu mengumpulkan informasi sebanyak mungkin, kemudian menyambung-nyambungkan satu dengan yang lain hingga dapat membuat satu kesimpulan hipotesis.

Dengan itu, anda boleh menjangkakan apa yang sedang dan akan terjadi, sehingga anda mampu mengubah keadaan menjadi seperti yang anda mahukan.

Dalam hal-hal perniagaan, contohnya, anda boleh mengeluarkan produk untuk kegunaan dalam jangka masa panjang serta memberi bermanfaat bagi pelanggan, sehingga anda dapat menstabilkan perniagaan anda dan memberi lebih keuntungan. Inilah rahsia kewangan orang terkaya yang paling penting yang mesti anda kuasai.

2. Mampu Menguasai Angka

Rahsia kewangan yang kedua berkaitan dengan angka, kerana kewangan tidak boleh lari dari angka & nombor.

Kuasailah angka maka anda mampu menguasai kewangan. Bahkan ada ilmu yang khas yang mengkaji tentang angka secara spesifik dalam hal berkaitan kewangan.

Orang-orang kaya sangat mahir soal perkiraan dan perhitungan, tidak hanya angka yang tertulis, tetapi juga perkiraan tentang untung-rugi terhadap setiap perkara di luar kepala.

Ramai yang gagal untuk menjadi berjaya dalam hal kewangan kerana tidak mampu melakukan perkiraan antara pengeluaran dan kemasukkan.

3. Belajar dan Terus Belajar

Belajar tidak hanya di institusi formal, sebaliknya, belajarlah di mana jua, dari apa-apa sahaja. Seperti Bill Gates atau Mark Zuckerberg, mereka tidak pernah lulus kuliah, namun mereka berjaya menjadi antara orang-orang terkaya di dunia pada masa ini.

Mereka terus belajar sambil mempraktikkan apa yang telah mereka pelajari. Semakin banyak kegagalan, semakin banyak mereka belajar dan pengalaman juga makin bertambah.

Mereka terus belajar mengembangkan minat mereka, tidak hanya tertumpu pada satu perkara sahaja, tetapi banyak perkara secara berperingkat.

Teruslah belajar mendalami apa yang disukai dan diperlukan untuk mengembangkan minat, kerana dengan cara ini, anda mampu menjadi berjaya dalam hal kewangan, sekurang-kurangnya anda mencapai tahap kebebasan kewangan (financial freedom).

4. Mencari Sumber Pendapatan Tambahan

Jangan cepat puas dengan pendapatan saat ini. Manfaatkan peluang lain dan ciptakan sumber pendapatan tambahan.

Orang-orang kaya di dunia cenderung untuk mengembangkan perkara-perkara baru, samada berikhtiar untuk mencipatakan sesuatu yang baru atau memanfaatkan perkara yang sudah ada, untuk dijadikan sebagai sumber penghasilan tambahan.

Seperti Facebook. Perusahaan tersebut mengembangkan sebuah media sosial yang menarik minat masyarakat seluruh dunia dan mengaut keuntungan dari pengiklanan.

Tidak sekadar memanfaatkan satu media sosial sahaja, Facebook juga mengambil alih Instagram, yang menjadi media sosial paling popular pada masa ini, untuk memperbesar sumber penghasilannya.

Begitu juga dengan perusahaan lain seperti Google yang memanfaatkan Youtube dan perkhidmatan atas talian (online service) yang lain, juga Microsoft dan Apple.

Jadi, amalkanlah rahsia mereka untuk menciptakan sumber pendapatan baru agar anda berjaya dan bebas dari segi kewangan.

5. Rutin melabur

Rahsia kewangan terbesar oleh orang-orang kaya adalah dengan melabur. Warren Buffet, contohnya, mampu menjadi begitu kaya kerana memiliki pemilikan saham di perusahaan-perusahaan besar sebagai seorang pelabur. Beliau pun menjadi salah seorang orang terkaya di dunia.

Menjadi pelabur memang tidak mudah, akan tetapi bila anda terbiasa dengan selok-belok pelaburan, anda boleh menjadi pelabur sepenuh masa yang berjaya.

Kegiatan pelaburan mampu membuatkan anda berjaya secara kewangan. Jadi, jika anda belum berlabur, mulalah melabur dari sekarang dan rutinlah peruntukkan pendapatan bulanan anda untuk dilaburkan kerana nilainya akan terus berkembang.

Itulah 5 rahsia orang-orang kaya dunia yang boleh anda contohi dari sekarang. Rahsia kewangan tersebut sebenarnya tidaklah susah apabila kita amal dengan kerap dan konsisten dari semasa ke semasa. Mari kita amalkan rahsia kewangan tersebut dari sekarang.