Idea Bisnes

Menjual Produk Secara Atas-Talian di Laman Web Sendiri

Ramai yang berbuat demikian, kerana prosesnya sangat mudah dan pendapatannya juga lumayan.

Kebanyakkan orang sekarang sudah 100% menjalankan perniagaan di atas talian.

Dengan cara menjual di atas talian, prosesnya boleh dijalankan selagi adanya sambungan internet. Oleh sebab itulah, modal perniagaan begini sesuai bagi anda yang mempunyai komitmen lain.

Namun, biasanya orang yang kurang berkeyakinan tentang perniagaan ini akan merasa ragu-ragu.

Padahal ianya tidaklah sukar.

Jika anda membaca artikel ini pada jam 9 pagi, barangkali pada pukul 3 petang nanti anda sudah bersiap sedia untuk menjual. Sungguh!

 

Anda boleh menggunakan beberapa platform berikut:

Shopify.com –  lebih mudah dan mempunyai ciri-ciri yang lengkap
Sitegiant.my
Easystore.co
Uno.com.my
Instagram – Mmerupakan media sosial yang berdasarkan gambar, ia juga sesuai digunakan untuk berjualan atas talian
WordPress + WooCommerce

Jika anda tidak mahu bersusah-payah, gunakan Sitegiant atau Easystore. Kedua-duanya syarikat Malaysia. Jika anda mempunyai pertanyaa, boleh terus bertanya kepada khidmat pelanggannya.
Ada 1 masalah lagi.
Dari manakah sumber untuk mendapatkan produk untuk dijual?
Ini tidak menjadi masalah jika sudah mempunya produk sendiri. Namun kepada mereka yang masih belum mempunyai produk, dan masih belum merancang untuk mengeluarkan produk sendiri?

Ikuti langkah berikut:
1-Tentukan produk apa yang anda mahu jual
2-Cari pembekal utama produk, atau
3-Menawarkan peniaga yang sudah berniaga tetapi masih belum berniaga atas talian sebagai rakan kongsi
4-Dropship (dibincangkan di bawah)
Menjual produk adalah cara paling mudah untuk memperoleh pendapatan.
Langkah paling sukar ialah untuk menentukan produk untuk dijual, namun setelah produk ditentukan maka tiada lagi masalah.