3 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MENABUNG BERMULA DARI SEKARANG

Tidak dinafikan bahawa wang adalah bukan segala-galanya untuk mencapai kebahagiaan. Akan tetapi, segala-galanya memerlukan wang! Betul tak? Ini kerana, wang amat diperlukan dan penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian kita. Jika tiada wang yang mencukupi, anda akan menghadapi kesukaran dalam meneruskan kehidupan seperti biasa. Antara sebab kenapa kita perlu menabung bermula dari sekarang adalah seperti berikut:

  1. Mencapai Impian
  • Setiap individu yang ada di dunia ini pasti memiliki impian tersendiri dan ingin mendapatkan apa yang diimpikan.
  • Sebagai contoh, memiliki impian untuk melancong ke serata dunia. Untuk pergi ke negara lain, sudah tentu kita memerlukan wang bagi menampung segala kos di sana termasuklah kos penerbangan, makan dan minum, beli-belah, kos penginapan dan sebagainya. Dalam hal ini, akan memerlukan wang yang banyak untuk merealisasikan impian ini dan agak mustahil untuk mendapatkannya dalam jangka masa yang pendek jika tiada sumber kewangan yang kukuh.
  1. Persiapan Untuk Menghadapi Kecemasan
  • Malang tidak berbau. Kita tidak akan tahu apa yang bakal kita hadapi di masa hadapan dan jika kita tidak membuat persiapan yang secukupnya, kita akan menghadapi kesusahan dan sukar untuk memikirkan jalan keluar kepada masalah tersebut.
  • Sebagai contoh, kereta anda tiba-tiba mengalami kerosakan dalam tempoh yang anda tidak dapat duga. Dalam masa yang sama, anda perlu juga untuk menyelesaikan bil insurans, cukai jalan dan tambahan pula kereta anda rosak dan memerlukan kereta tersebut untuk dibaiki ke bengkel. Sudah tentu anda akan pening untuk memikirkannya dan bertambah pening jika anda menggunakan kereta tersebut untuk pergi ke tempat kerja.
  • Ya. Sememangnya anda ada pilihan lain untuk membuat pinjaman peribadi atau berhutang dengan orang lain, tetapi ini bukanlah solusi yang tepat bagi menghadapi situasi ini kerana anda akan menghadapi masalah untuk membayar kembali hutang tersebut di masa hadapan.
  1. Mendirikan Rumah Tangga
  • Setiap dari kita pasti akan berfikir untuk berkahwin apabila sudah tiba masa yang tepat. Betul tak?
  • Untuk berkahwin, ianya memerlukan kos dari segi membuat persiapan perkahwinan terutamanya memerlukan belanja yang besar bagi pihak lelaki.
  • Jadi, persiapan kewangan yang secukupnya adalah perlu untuk memastikan majlis perkahwinan anda berlangsung seperti yang dirancang dan tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk menjalinkan hubungan yang sah disebabkan kekurangan wang.

Untuk itu, anda perlu membuat tabungan anda sendiri bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan. Sebab apa? Sebab kita tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Maka, adalah digalakkan untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan menabung bermula dari sekarang. Jom menabung! Semoga bermanfaat.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain