4 FAKTA MENARIK MENGENAI WAFEL

Tahukah anda, Wafel telah wujud sejak abad ke-13 lagi? Apakah yang dimaksudkan dengan Wafel? Wafel ialah makanan yang kelihatan seperti bentuk ‘pancake’ yang memiliki corak grid. Selain itu, Wafel merupakan sejenis makanan dan kebiasaannya dinikmati sebagai makanan untuk sarapan di pagi hari. Wafel merupakan sarapan ringkas yang boleh disediakan dan enak juga jika dicampur dengan makanan lain.

Sebagai contoh, boleh dihidangkan bersama perasa makanan, coklat Nutella, kaya, telur separuh masak, buah-buahan atau banyak lagi campuran daripada kombinasi makanan lain yang bersesuaian mengikut citarasa masing-masing. Di Amerika Syarikat, Wafel merupakan makanan sarapan dan dessert (pencuci mulut) yang boleh disediakan secara rutin. Ianya ibarat menjadi makanan ruji mereka yang dinikmati pada waktu pagi.

4 Fakta Menarik Mengenai Wafel
Berikut merupakan antara fakta menarik yang mungkin kita belum ketahui sebelum ini:

  1. Cara penyediaan Wafel
  • Wafel diperbuat daripada adunan tepung, air, baking powder (serbuk penaik), minyak masak dan juga telur. Cara wafel dimasak adalah dengan membakar adunan yang telah siap disediakan ke dalam besi wafel iaitu alat pembakar wafel di mana mempunyai ukiran corak grid. Wafel dimasak sehingga kita dapat lihat akan menjadi warna coklat keemasan dengan keadaan tekstur Wafel yang rangup di luar dan lembut di bahagian dalamnya.
  1. Wafel diinspirasikan oleh kasut sneaker Nike yang pertama dikeluarkan di pasaran
  • Tahukah anda penghasilan makanan Wafel ialah merupakan ilham daripada pengeluaran kasut sneaker Nike yang pertama? Jika kita lihat, corak Wafel adalah berbentuk grid dan coraknya seakan-akan sama seperti kasut sneaker Nike yang dikeluarkan. Pernahkan anda terlintas di fikiran mengenai ini sebelum ini?
  1. Perkataan Wafel berasal daripada Belanda
  • Walaupun menurut fakta sejarah yang ditemukan telah terbukti bahawa perkataan asal Wafel berkemungkinan wujud dan berasal dari negara Perancis atau China, akan tetapi, Wafel dikatakan berasal dari Belanda di mana perkataan asal Wafel dalam Bahasa Belanda yang digunakan ialah ‘Wafer’. Pada tahun 1725, ia merupakan penggunaan perkataan Wafel dalam Bahasa Inggeris yang pertama digunakan pada abad itu. Maka telah terbukti, Wafel telah wujud hampir 300 tahun.
  1. 145 unit Wafel telah terjual dalam masa hanya 1 minit
  • Tahukah anda bahawa Wafel telah menjadi fenomena di mana telah mencatatkan hasil jualan yang menguntungkan dalam masa yang singkat? Ya, hanya memerlukan 145 unit terjual dalam masa 1 minit. Hal ini terbukti berdasarkan kisah ‘Waffle House’, sebuah restoran yang berasal dari Amerika Syarikat yang berjaya merekodkan jualan tertinggi tersebut.

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikongsikan, antara yang menarik sekali adalah penjualan wafel yang menguntungkan yang boleh didapati daripada kisah restoran Waflle House. Berminat untuk menceburi perniagaan wafel dengan kadar modal yang rendah? Mari layari pautan ini https://www.usahawan.com/shop/business-package/food/pakej-kiosk-bubble-waffle-2/. Diharapkan dengan perkongsian ini membawa manfaat kepada kita semua. Mudah-mudahan.