5 Cara Agar Pekerja Setia Selamanya

0
1510

Sebuah kajian bidang sumber manusia baru-baru ini memberi kesimpulan yang mengejutkan:

40% pekerja berhasrat untuk mencari pekerjaan baru dalam tempoh enam bulan akan datang; dan 69% mengatakan mereka telah pun mencari pekerjaan baru secara pasif.

Sebagai usahawan, statistik tersebut pastinya membimbangkan. Setelah berusaha merekrut pekerja yang terbaik, dan berjaya mendapatkannya, sudah tentu kita ingin mengekalkannya. Majikan tentunya perlu memberi alasan yang baik agar pekerja-pekerja mempunyai komitmen jangka panjang dengan perniagaan anda. Kami mengesyorkan supaya majikan bertindak proaktif dalam membangunkan budaya kerja yang mewujudkan hubungan kuat dengan pekerja – budaya komitmen jangka panjang, malah seumur hidup. Apa yang dapat dilakukan oleh majikan? Kami sarankan “5R”, seperti berikut:

 1. Tanggung jawab (Responsibility).

Tunjukkan kepada pekerja yang anda mempercayai mereka dengan memberi tanggung jawab yang memberikan mereka peluang untuk berkembang. Galakkan mereka untuk memperolehi kemahiran baru. Berikan mereka peluang untuk mengikuti kursus/latihan. Seboleh-bolehnya rekrut dari dalam, dan berikan kenaikan pangkat yang baik pada waktu yang sesuai.

2. Hormat (Respect).

Pekerja tahu bahawa mereka dihormati dan dihargai. Seperti kata pepatah, orang mudah lupa akan perkara-perkara yang anda katakan, tetapi mereka akan selalu mengingati bagaimana anda mempengaruhi perasaan mereka. Terdapat banyak mitos tentang kerja berkenaan kata-kata/tindakan buruk para pengurus yang penat dan tertekan. Tetapi jika pengurus sering menunjukkan rasa hormat kepada pekerja, ini akan menimbulkan budaya kerja yang kuat dan bertahan lama serta pengalaman positif dan kenangan yang tidak akan mereka lupakan.

3. Perkongsian pendapatan (Revenue sharing).

Sebahagian gaji perkerja perlu dikaitkan dengan prestasi perniagaan. Ini akan menyelaraskan kepentingan mereka terhadap pendapatan dan sasaran keuntungan syarikat; dan akan berfungsi sebagai insentif untuk terus setia dengan syarikat seiring dengan kemajuannya. Dengan membuat bayaran tetap gaji pekerja lebih variasi secara inheren sesuai dengan keadaan perniagaan yang berbeza, anda boleh membuatkan perniagaan anda semakin kukuh dan cekap, sekaligus melayan pekerja anda dengan baik.

4. Penghargaan (Rewards).

Penghargaan yang anda berikan kepada pekerja perlu disesuaikan dengan keperluan emosional mereka dan sepatutnya melebihi pampasan dalam bentuk wang. Penghargaan di depan syarikat, departmen, projek perkhidmatan, makan tengahari bersama pihak atasan, pakaian logo, catatan tulisan tangan, dan sebagainya; ini semua juga boleh menyumbang kepada budaya positif perniagaan dan dapat menjadi pembentuk moral yang baik.

5. Istirehat (Relaxation).

Bermurah hatilah dengan hiburan. Berikan waktu yang cukup untuk cuti sakit, rehat bersama keluarga, bayi baru, dan sebagainya. Mengatur rentak kerja sangat penting dan bermanfaat bagi hubungan dengan pekerja. Anda memang mengharapkan, malah menuntut prestasi kerja berkualiti tinggi, tetapi tidak lojik juga untuk terus menerus memberi tekanan 100%. Berikan kesempatan untuk pekerja menarik nafas di antara satu tugas ke tugas berikutnya, misalnya dengan selingan aktiviti team-building atau istirahat singkat pada waktu tertentu pada setiap hari kerja.

Penting diingatkan bahawa komitmen jangka panjang memerlukan usaha kedua belah pihak. Memang wajar sekiranya syarikat mencurigai “kutu loncat”, tetapi ingatlah bahawa jika anda mengharapkan kesetiaan perkerja terhadap syarikat anda, maka anda juga harus memberi mereka alasan yang baik untuk terus setia.