BURGER PKP ABOH MOOK

Inilah yang dikatakan rezeki tidak salah alamat. Rezekinya terus mencurah-curah dikala musim Covid-19 melanda dan adanya sekatan perjalanan dari pihak kerajaan. Pemilik Burger Aboh Mook, Muhammad Basir Abu Bakar, 41 tidak menyangka sambutan terhadap perniagaan miliknya mendapat sambutan. Hanya menjadikan halaman rumah sebagai tapak perniagaan, Muhamad Basir kini boleh tersenyum puas dengan berkat usaha bersama isterinya membuahkan hasil. Setiap hari, hampir 100 biji burger terjual dan kebanyakkan pelanggannya adalah terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan kejiranan, sekolah-sekolah berdekatan, pejabat-pejabat berhampiran. Yang menarik mengenai kedai burger ini ialah ia dibuka pada waktu pagi iaitu dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Tidak seperti gerai-gerai burger yang lain, kebiasannya dibuka pada lewat petang atau malam.

“Bagi saya tidak salah pun membuka gerai burger waktu pagi. Tengoklah McDonald, KFC dan restoran makanan segera, mereka buka kedai pun seawal pagi. Burger makanan paling mudah, ringkas dan mengenyangkan dan paling penting boleh dinikmati pada bila-bila masa”. Apa yang menarik mengenai Burger Abang Mook ni ialah selain menggunakan bahan-bahan burger tempatan, penggunaan kacang panggang pada burger amat unik sekali. Tambahan pula, pelanggan diberi pilihan untuk memilih sos campuran mereka sendiri seperti mayonis, cili sos, tomato dan lain-lain lagi. Bagi Muhammad Basir, kehendak dan kepuasan pelanggan menjadi faktor utama bagi menghasilkan burger yang terbaik.

Mengenang kembali kesusahan yang dihadapi sebelum ini, Muhammad Basir bekas wartawan di sebuah syarikat akhbar dan isteri Nur Azlina Jaafar juga merupakan staff di syarikat tersebut, terpaksa berdepan dengan kemelut penutupan syarikat beberapa bulan sebelum Covid-19 melanda dunia. Pelbagai pekerjaan dilakukan mereka berdua sehingga dia dan anakknya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana penyakit jantung. Bagai jatuh di timpa tangga, mereka sekeluarga sangat mengharungi ujian berat tersebut.

Dengan berkat doa, bantuan rakan-rakan dan usaha dari pelbagai pihak, dia dan isteri akhirnya nekad membuka gerai burger. Pesanan order juga tidak putus-putus kerana kesedapan burger yang dihasilkan dengan resepi yang istimewa. “ Tidak perlu saya ungkitkan lagi kesusahan yang lalu. Memang susah tapi Alhamdulilah, bantuan yang yang saya terima akan saya gunakan sebaik mungkin. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Apa yang penting, saya boleh teruskan kehidupan saya dengan anak-anak yang semakin meningkat dewasa. Tidak perlu senang tetapi cukuplah mereka mendapat makan, pakai, tempat berlindung secukupnya”.

Burger Aboh Mook beroperasi di Balakong, Selangor dan tidak terhad kepada penduduk sekitar tetapi bagi mereka yang mahu mencuba burger ini, boleh membuat pesanan melalui aplikasi Food Panda. Setiap pengusaha pasti ada harapan dan cita-cita di masa hadapan. Muhammad Basir tidak mahu mengharapkan perniagaan burger semata-mata tetapi dia mengimpikan sebuah perniagaan memborong dan membekal makanan sejuk beku ke seluruh negara. Kita doakan semoga apa yang diimpikan berjaya.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain