CARA MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN YANG BARU NAK MULA

Pernah dengar apa itu B2C? B2C bermaksud Business to Consumer adalah tepat menggambarkan keadaan pada masa kini di mana ramai memulakan perniagaan dari rumah secara kecil kecilan. Perniagaan seperti ini boleh dikategorikan sebagai perniagaan terus kepada pelanggan. Setiap peniaga pasti mahukan perniagaannya berjaya dan sudah pasti telah memikirkan cara bagaimana nak menjual produk yang ada. Oleh yang demikian, disarankan beberapa platform strategi pemasaran mengikut kepada kesesuaian serta budget yang ada.

  1. Rangkaian Sosial dan Pemasaran Viral
    Pemasaran di media sosial memfokus kepada menyampaikan maklumat kepada pelanggan mengenai produk jualan. Maklumat ini di kongsi melalui rangkaian sosial yang ada seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram, dan Tik Tok serta enjin pencarian seperti Google dan Yahoo. Maklumat yang disampaikan adalah dalam bentuk huraian kandungan, video, atau foto. Sekiranya maklumat yang disampaikan meningkat dari segi jumlah yang melihat dan trafik, ia membantu mempengaruhi pencarian di Search Engine Optimization (SEO). Walaupun begitu, trend masa kini lebih kepada mempromosikan produk melalui grup pemasaran di Facebook dan menggunakan selebriti atau influencer.
  1. Pengiklanan Media Berbayar
    Kalau dulu platform televisyen atau radio menjadi medium untuk mengiklankan produk dan ia melibatkan kos yang tinggi. Dengan peningkatan pengguna di rangkaian sosial, platform sebegini turut menawarkan cara pengiklanan berbayar. Pengiklanan yang paling popular adalah pay per click (PPC). Selalunya syarikat atau perniagaan persendirian akan membeli atau ia dipanggil sponsors. Apabila pelanggan menaip produk yang diinginkan, secara automatik beberapa produk yang seakan sama akan mengiklankan produk mereka. Apabila iklan ini di clicked oleh pelanggan, barulah enjin carian/ platform yang berkaitan dibayar oleh syarikat tersebut. Inilah yang dipanggil pay per click (PPC). Facebook dan Instagram turut menawarkan pembayaran iklan mengikut kepada jumlah masa dan kekerapan. Iklan berbayar ini bergantung kepada budget yang ada. Sekiranya tidak mahu mengeluarkan kos, bolehlah join mana-mana grup di Facebook yang menawarkan platform jual beli secara percuma.
  1. Pemasaran Internet
    Pemasaran internet atau pemasaran atas talian merangkumi web dan emel untuk mengiklankan produk dan memandu arah jualan e-commerce. Platform media sosial termasuk di dalam kategori ini kerana ia mengiklankan serta mempromosikan produk atau servis secara keseluruhan. Ia boleh di samakan dengan pengiklanan tradisional seperti radio, television dan percetakan. Ini termasuk juga komen, review dan pendapat daripada pelanggan. Pengiklanan dari mulut ke mulut adalah tidak berbayar tetapi ia memberi impak yang sangat besar terhadap sesuatu produk. Selalunya mereka yang memberi respon positif tidak mendapat apa-apa bayaran kerana ia hanyalah perkongsian baik terhadap sesuatu produk. Ia turut mempengaruhi recommendation daripada rakan, keluarga, mahupun rakan sekerja mengenai sesuatu produk kerana ia akan mencambahkan lagi kepercayaan terhadap produk tersebut.
  1. Pemasaran Emel
    Strategi pemasaran emel dikatakan sangat berpontensi dan efektif sebagai langkah untuk mempromosikan produk dan mencapai prospek yang dikehendaki. Tujuan emel sebernarnya untuk memperkenalkan produk atau servis, mengekalkan hubungan dengan pelanggan, menjadikan pelanggan sebagai pelanggan setia dan ia juga bertujuan mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membeli. Walaupun begitu, terdapat pemilik emel yang kurang senang dengan emel seperti ini dan mengkategorikannya sebagai spam.
  1. Direct Selling/ Jualan Langsung
    Jualan langsung adalah platform menjual produk atau servis secara bersemuka dengan pelanggan. Untuk strategi ini, penjual akan bertemu dengan pelanggan, menerangkan kepada pelanggan produk yang dijual termasuklah demonstrasi penggunaan produk yang terlibat. Antara contoh perniagaan jualan langsung adalah Amway, Avon, Herbalife, dan Mary Kay.
  1. Point of Purchase Marketing (POP)
    Strategi ini diguna pakai oleh mereka yang memiliki kedai sendiri dan menjual pelbagai jenis produk. Pemasaran POP bertujuan menggalakkan pelanggan membeli lebih dari kebiasaan. Kita boleh lihat pemasaran jenis ini di pasaraya seperti Tesco, Hero, Giant, Lulu Supermarket dan NSK. Produk yang terlibat akan meletakkan meja untuk mempamerkan produk mereka dengan memberi tawaran atau diskaun dan selalunya mereka memberi sample produk untuk dicuba atau rasa.
  1. Conversational Marketing
    Apa yang dimaksudkan dengan conversational marketing adalah ia membolehkan pelanggan bercakap dengan penjual secara langsung melalui chatbot atau livechat. Pelanggan boleh terus bertanyakan mengenai produk dan mendapat response dengan serta merta. Ini menjimatkan masa dan pelanggan mempunyai masa sendiri untuk membuat keputusan sebelum membeli berdasarkan kepada maklumat yang telah diterima. Penggunaan Whatsapp juga diterima sebagai conversational marketing.
  1. Earned Media/PR
    Media percuma adalah publisiti yang dijalankan oleh usaha peniaga itu sendiri tanpa membuat bayaran untuk iklan. Ia boleh didapati dengan pelbagai bentuk seperti testimoni di media sosial, mulut ke mulut, perbualan di televisyen atau radio, artikel suratkhabar atau editorial. Media percuma adalah platform yang tidak dibuat dan berlaku secara natural serta tidak boleh dibeli.
  1. Storytelling
    Penggunaan cara penceritaan terhadap produk juga meninggalkan kesan kepada emosi yang berbeza kepada pelanggan. Berbanding dengan perincian maklumat mengenai produk, penceritaan yang menarik memberi impak terhadap produk, kegunaannya, keberkesanannya dan bagaiamana ia membantu menyelesaikan masalah pelanggan. Boleh dikatakan 90% pelanggan terkesan dengan cara penceritaan terhadap sesuatu produk. Tidak kira apa perniagaan yang ingin di mulakan, ilmu dalam bidang pemasaran harus dititik beratkan bagi memastikan produk yang dijual terjual dan diterima. Lambat atau cepat bergantung kepada berapa tinggi usaha yang dilakukan. Semoga berjaya!!!



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain