8 Sebab Media Sosial Sangat Diperlukan Dalam Memasarkan Bisnes Anda

Media sosial menjadi suatu perkara yang amat diperlukan terutamanya bagi mereka yang membuat bisnes secara kecilan. Mengapa media sosial penting? Untuk ketahui lebih
lanjut mari baca artikel ini sehingga habis. Kini, lebih dari 3 billion pengguna sosial media di seluruh dunia dimana menunjukkan bahawa media sosial amat penting dalam menjalani kehidupan seharian kita dalam mendapatkan informasi terkini dunia serta mengikuti perkembangan yang ada dalam pelbagai sudut.

Menurut Sherpa Marketing, pengguna media sosial ini kebanyakan daripada mereka mengikuti jenama-jenama terkenal di akaun mereka berbanding mengikuti selebriti terkenal. Di media sosial seperti Instagram, 80 peratus daripada pengguna media sosial mengikuti sekurang-kurangnya satu bisnes akaun. Jika anda bukan tergolong dalam kalangan mereka yang tegar bermedia sosial, maka anda tidak merasa kenikmatan cara yang efektif dalam alternatif mengembangkan bisnes anda.

  1. Meningkatkan kesedaran jenama

Dengan hanya separuh daripada populasi dunia yang menggunakan platform media sosial ini, ini yang lebih memudahkan mereka untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi dengan hanya melalui media sosial. 60 peratus dari pengguna media sosial mengakui bahawa mereka menjumpai produk baru yang mereka inginkan hanya melalui Instagram. Misalnya, apabila Absolut Vodka mengiklankan produk edisi terhad mereka iaitu botol berjenama ‘Spark’, mereka mendapati bahawa syarikat tersebut telah memperoleh 5 mata kenaikan dalam kesedaran jenama.

  1. Membantu meningkatkan jenama dalam dunia sebenar

Kajian dari United Kingdom mendapati bahawa lebih dari separuh dewasa mula meletakkan kepercayaan ke atas sesuatu jenama sehingga mereka melihat ‘bukti dunia sebenar’ sepertimana yang telah dijanjikan oleh jenama tersebut. Setelah melihat perkara seperti itu, mereka lebih bersikap terbuka terhadap jenama tersebut dan boleh menerima secara peringkat demi peringkat. Sebagai contoh, bagi produk kecantikan atau kosmetik, anda harus menampilkan testimoni pelanggan anda setelah memakai produk tersebut bagi membuktikan keberkesanan produk tersebut. Adakah produk tersebut
dapat membantu mengurangkan masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan sebagainya. Perkara seperti ini diperlukan bagi membantu menarik lebih ramai pelanggan untuk mengambil peluang perkidmatan anda.

  1. Meningkatkan trafik laman sesawang

Media sosial post dan juga iklan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam meningkatkan kadar trafik di laman seswang anda. Trafik laman seswang ini membawa maksud segala konten dan pengisian yang dikongsikan kepada umum melalui blog atau laman sesawang ke media sosial secara tidak langsung membantu pengguna media sosial untuk mendapat notifikasi secara langsung setelah anda membuat posting di akaun media sosial anda.

  1. Sebagai ‘pemecah’ dalam jualbeli

Tidak kiralah apa jua produk atau jenama yang dijual, penggunaan di media sosial dapat membantu secara tidak langsung membantu meningkatkan proses jual beli dalam bisnes kecilan anda. Media sosial dapat dilihat sebagai haluan kepada teknik pemasaran.

  1. Mengiklankan konten

Iklan di media sosial boleh dilakukan di pelbagai platform seperti yang paling terkenal ialah Facebook, Instagram and also LinkedIn. Pengguna media sosial lebih tertarik dengan pendekatan iklan visual yang menarik dan kreatif.

  1. Potensi untuk menjadi tular

Pernah anda terfikir betapa cepatnya sesuatu informasi itu diterima hanya dengan kuasa media sosial? Tak percaya? kena cubalah kalau ingin tahu. Bagaimana konten anda boleh menjadi tular itu disebabkan oleh rangkaian orang yang menggunakan media sosial menyukai, mengomen dan mengongsikan video anda kepada penonton yang lain sama ada di kalangan keluarga mereka, rakan mereka, kenalan mahupun orang yang tidak dikenali di media sosial. Bagi suatu konten itu menjadi tular, bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi tanpa media sosial semestinya tidak dapat melakukannya.

  1. Dapat menyelesaikan pengurusan reputasi

Pelanggan yang berpotensi anda berkemungkinan besar bercakap tentang anda di media sosial sama ada anda berada bersama mereka atau tidak dalam merespon percakapan mereka itu. Jika anda bersama rakan sekerja anda memberikan kerjasama dalam bisnes anda, anda juga boleh mengambil langkah dapat mengira aspek penting dalam apa yang dibincangkan supaya tidak menjadi isu yang lebih berat.

  1. Lebih fokus kepada pelanggan dan perikatan penonton

Jika anda ingin pelanggan dan juga pengikut anda terikat dengan segala aktiviti pos anda di media sosial, anda perlu keluar dari zon selesa anda terlebih dahulu. Bagaimana untuk keluar dari zon selesa anda? Mudah saja, anda hanya perlu lakukan perkara yang anda tidak biasa melakukannya sebelum ini dan perkara tersebut memberikan manfaat kepada orang lain. Kekal aktif di media sosial anda supaya pelanggan potensi anda dapat melihat perkembangan anda setiap masa dan sentiasa memberikan respon terhadap segala komen dan soalan-soalan yang dikemukakan.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain