Mari Kenali Apakah Maksud Disebalik 10 Warna Ini Dengan Personaliti Anda

Pernahkah anda terfikir bahawa warna-warna yang anda sukai ada maksudnya tersendiri? Apakah maksudnya itu? Lain orang, lain citarasanya dan kesukaannya. Psikologi mengatakan warna kesukaan anda juga mempengaruhi watak keperibadian dan juga personaliti anda. Betul ke?

Baca selanjutnya untuk mengetahui apa maksud 10 warna yang kerap kali digunakan ini. Jom kita tengok satu per satu apakah maksudnya itu.

1) Merah

Merah dikenali sebagai warna paling popular digunakan dimana-mana sahaja. Warna merah ini sendiri membawa maksud keberanian, berimpian dan mempunyai daya saing yang tinggi. Jika anda ingin menonjolkan diri anda dan membuat ramai orang
menyedari anda, maka warna merahlah merupakan pilihan warna yang terbaik.

2) Jingga/oren

Warna jingga seringkali dikaitkan dengan warna yang sesuai untuk sosial dan mempunyai semangat kemanusiaan yang tinggi. Selain itu, warna jingga juga menunjukkan keperluan untuk tujuan peribadi fizikal dan juga cabaran sosial. Ini bermaksud, rasa hormat dan penerimaan sesuatu perkara itu dapat dizahirkan dengan warna jingga.

3) Kuning

Warna yang menyerlah dan tenang seperti warna kuning ini menunjukkan keceriaan, kebahagiaan dan suka akan pelajaran. Dalam kata lain, warna kuning dapat mengekspres rasa gembira dalam kehidupan seharian kita.

4) Hijau

Jika hijau menjadi pilihan warna utama dalam logo, ini bermaksud menzahirkan rasa rendah diri dan waspada dengan apa orang fikir tentang mereka. Rasa ingin dijaga dan dikawal itulah yang membuatkan warna hijau ini dipandang sebagai warna yang damai, setia dan jujur.

5) Biru

Warna biru merupakan warna kedua yang menjadi pilihan selepas warna merah. Biru menunjukkan perasaan yang tenang dan kejujuran. Apabila lihat sahaja warna biru, keharmonian pasti akan terasa.

6) Purple

Warna purple maksudnya artistik dan unik. Purple ini dikaitkan dengan mempunyai sikap yang baik dan berpandangan jauh.

7) Merah jambu

Sangat lembut warnanya namun warna merah jambu seringkali dilabel sebagai warna yang feminin. Warna ini bermaksud penyayang, ambil berat, sensitif dan lemah-lembut. Warna ini juga dikatakan sebagai warna yamg romantis.

8) Turqoise

Turqoise merupakan warna campuran biru dan hijau yang memberikan kesan keseimbangan emosi dalam kehidupan yang menunjukkan seseorang itu idealistik atau sebaliknya. Sinonim dengan biru, warna turqoise juga memberikan rasa tenang apabila melihatnya.

9) Hitam

Hitam menunjukkan kekuatan, ketahanan, kukuh. Warna ini juga merupakan warna yang ‘sophisticated’ dan elegan, menawan. Warna ini mempunyai penyerlahan yang agak bebeza berbanding warna yang lain.

10) Putih

Suci dan bersih merupakan perkara pertama yang keluar dari fikiran apabila warna putih. Ya, benar warna putih menunjukkan kebersihan, kesucian, ketenangan, kemas dan mempunyai personaliti yang positif. Putih juga sinonim dengan personaliti seperti berdikari, sukakan nature dan minimalis.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain