5 Geran SME Untuk Dimohon Mulai Sekarang

SME merupakan salah satu agensi pembiayaan dana yang diberikan kepada usahawan termasuklah usahawan yang baru sahaja ingin memulakan bisnes mereka atau mereka yang ingin mengembangkan lagi perniagaan mereka ke tahap yang lebih dikenali orang ramai. Sejumlah wang yang besar ini bukanlah mudah untuk diperoleh seperti menangkap ikan di kolam, namun perlu ada proses dan pengetahuan mengenainya.

Namun begitu, banyak geran SME yang boleh dipohon bagi tujuan memudahkan lagi proses perniagaan mereka itu.

Apakah 5 geran SME yang boleh dimohon itu? Mari baca selanjutnya.

  1. Soft Loan Schemes for Services Sector (SLSSS)

SLSSS ini merupakan geran SME yang pertama di dalam senarai di mana ia merupakan pinjaman sektor perkhidmatan. Apakah tujuan skim ini? Tujuan utama skim ini untuk memberikan bantuan pembiayaan kepada syarikat pemula (start-up) dan sektor perkhidmatan yang mempunyai hasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan
mereka itu.

Dengan membekalkan kadar faedah sebanyak 4% setahun, SLSSS juga merupakan pinjaman kewangan untuk CAPEX dan modal kerja bagi SME yang tidak kurang dari
RM5 juta.

Apakah syarat kelayakan pemohon?

  • Syarikat tersebut mestilah merupakan syarikat bersepadu di bawah Akta Syarikat 1995.
  • Syarikat tersebut mestilah didaftarkan di bawah Pendaftaran Perniagaan Ordinan 1956.
  • Penyedia perkhidmatan yang berdaftar mestilah di bawah Sijil Amalan mana-mana Badan Peraturan Profesional.
  • Rakyat Malaysia yang memiliki 60% enkuiti (sekurang-kurangnya).
  • Mestilah memiliki premis yang sah
  1. Soft Loan for SMEs (SLSME)

Syarikat Start-up dan juga syarikat yang sedia amat sesuai untuk memohon SLSME ini kerana ia bukan sahaja dapat menyokong pembiayaan anda, tetapi juga aset tetap dan kewangan modal kerja tidak kiralah apa jua perniagaan sekalipun.

Syarat-syarat memohon:

  • Tertakluk di bawah Akta Syarikat 1965.
  • Tertakluk di bawah Pendaftaran Perniagaan Ordinan 1956
  • Rakyat Malaysia yang memiliki paling kurang sebanyak 60% ekuiti.
  • Mempunyai lesen premis yang sah.
  • SME dengan pegangan saham yang tidak kurang dari 20% yang dipegang oleh syarikat awam (jika berkenaan).

Min amaun kewangan: RM50,000 yang mengambil kadar faedah adalah sebanyak 4% setahun bagi setiap tahun.

  1. Tabung Usahawan Siswazah (TUS)

Tujuannya sama seperti pinjaman yang lain, dengan memberi pembiayaan khusus kepada usahawan yang baru sahaja memulakan perniagaan mereka. Biasanya, pembiayaan pinjaman adalah di antara RM2,000(min) hingga 250,000.

TUS memberikan pinjaman pembiayaan sebanyak 4% dalam tempoh sepuluh tahun yang diberikan.

Namun, apakah syarat kelayakan untuk memohon TUS ini?

  • Mestilah wargangara Malaysia.
  • Kelayakan akademik minimum mestilah memiliki diploma dalam mana-mana peringkat yang telah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Register (MQR)
  • Masa tamat pengajian mestilah kurang dari 15 tahun.
  • Umur mestilah 40 tahun dan ke bawah.
  1. Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam (TPPA)

Bagi para pengusaha yang memiliki syarikat pengangkutan awam, skim ini merupakan skim yang sesuai untuk dipohon bagi menampung pembiayaan perniagaan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi komersial dan lain-lain yang terdapat di Malaysia.

Jumlah pembiayaan yang diberikan bergantung kepada syarikat itu sendiri berdasarkan jenis pengangkutan awam yang ditawarkan dalam servis mereka. Akan tetapi, pembiayaan yang diberikan adalah dalam lingkungan RM30,000 sehingga RM10 juta.

Syarat-syarat seperti berikut perlulah ditepati sebelum membuat permohonan:

  • Khusus kepada mana-mana syarikat atau perniagaan yang menawarkan servis pengangkutan awam iaitu kereta api, bas, teksi dan sebagainya.
  • Syarikat tersebut mestilah berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM) yang tertakluk di bawah Akta lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334)
  • Syarikat mestilah berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan mempunyai Surat Tawaran Kelulusan (STK) dari LKP.

Sungguhpun begitu, bagi tempoh pembiayaan ini adalah berbeza berdasarkan jenis pengangkutan awam tersebut. Sebagai contoh, tempoh pembiayaan bagi bas adalah sehingga 10 tahun tidak termasuk bas ekspres iaitu selama 8 tahun sahaja.

  1. Business Start-up Fund (BSF)

BSF ini bertujuan untuk membantu memberikan kos pembiayaan bagi syarikat baru yang berasaskan teknologi. Bezanya di antara skim ini dengan yang lain, walaupun banyak yang memberikan pembiayaan bagi syarikat yang baru ingin bermula, tetapi ini hanya khusus kepada syarikat teknologi sahaja.

Sebanyak lebih kurang RM5 juta atau 90% daripada jumlah projek akan diberikan di mana tempoh pembiayaan tersebut adalah dalam tempoh 6.5 tahun sahaja.

Antara syarat-syarat kelayakan memohon termasuklah:

  • Syarikat tersebut mestilah di bawah Akta Syarikat 2016
  • Syarikat berteknologi yang mempunyai 70% (minimum) saham Malaysia.
  • Produk atau servis tersebut mestilah penting dalam inovasi.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain