5 Pinjaman MARA Yang Anda Perlu Tahu

1. Skim Pembiayaan Belia (PUTRA)

Skim ini merupakan salah satu pinjaman yang ditawarkan oleh MARA (Majlis Amanah Rakyat) yang bertujuan untuk memberi galakkan khususnya kepada Belia dan lepasan IPMa yang terlibat dalam perniagaan kecilan (mikro) bagi semua sektor. Sektor tersebut termasuklah perkilangan, peruncitan, pembuatan dan perkhidmatan kecuali penternakan dan juga pertanian.

Apakah syarat kelayakan untuk memohon skim ini?

  • Pemohon hendaklah merupakan lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) iaitu Pelajar IPMa yang sedang dalam tempoh latihan praktikal ataupun program inkubator di IPMa.
  • Belia yang sudah mulakan perniagaan lebih dari tempoh tiga bulan dengan prestasi dan perkembangan yang memuaskan.
  • Umur di antara 18-40 tahun semasa membuat permohonan.
  • Usahawan yang memberikan komitmen sepenuhnya dalam perniagaan (sepenuh masa).
  • Tidak disenarai hitam oleh pihak MARA.
  • Perniagaan yang dijalankan mestilah mematuhi Syariah.

Bagaimana pula dengan jumlah had pembiayaan?

  • Belian aset perniagaan.
  • Modal pusingan.
  • Had pembiayaan adalah sehingga RM10,000.

PUTRA ini telah ditetapkan tempoh pembayarannya iaitu maksima adalah selama 3 tahun bersamaan dengan 36 bulan dan tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

2. Skim Pembiayaan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Skim ini adalah khusus kepada golongan istimewa OKU bagi semua jenis ketidakupayaan, namun hanya ketidakupayaan mental sahaja dikecualikan.

Apakah di antara syarat-syaratnya?

  • Khas untuk golongan OKU sahaja kecuali ketidakupayaan mental.
  • Bumiputera yang berumur 18-60 tahun sahaja.
  • Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam perniagaan yang dijalankan.
  • Memiliki lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa.
  • Menunjukkan kad pengenalan OKU yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa yang belum beroperasi akan tetapi berpotensi tinggi dalam maju.
  • Tidak disenarai hitam oleh pihak MARA.
  • Patuh Syariah.

Had pembiayaan adalah sehingga RM50,000 dan diberikan tempoh selama 15 tahun (180 bulan) bayaran di mana tertakluk kepada jumlah pembiayaan.

3. Skim Pembiayaan Teknikal (PUTEK)

Tujuan utama adalah untuk menggalakkan usahawan yang baru dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Syarat-syaratnya termasuklah:

  • Warganegara Malaysia berumur di antara 18-60 tahun.
  • Memiliki Ijazah/Diploma/Sijil Kemahiran Teknikal daripada IPMa/ Institusi teknikal sama ada badan kerajaan mahupun swasta.
  • Berpengalaman dalam bidang yang diceburi.
  • Mempunyai lesen perniagaan.
  • Perniagaan secara sepenuh masa.
  • Operasi perniagaan mestilah lebih dari 6 bulan dan tidak melebihi 5 tahun.
  • Tidak disenarai hitam oleh MARA.
  • Patuh Syariah.

Skop pembiayaan

Mesin/peralatan modal pusingan.

Had pembiayaan

Minimum : RM3,000.
Maksima : RM500,000.

4. Skim Pembiayaan (DananITA)

Khas bagi usahawan wanita Bumiputera bagi sokongan penyertaan wanita dalam keusahawanan dan memperkasakan usahawan wanita dalam meningkatkan pendapatan
isi rumah.

Syarat-syarat:

  • Bumiputera berumur 18-60 tahun.
  • Berpengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran dalam menjalankan perniagaan.
  • Mempunyai akaun simpanan sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan terkini.
  • Komitmen sepenuh masa.
  • Perniagaan selama lebih dari 6 bulan.
  • Bebas senarai hitam.
  • Mematuhi Syariah.

Had pembiayaan

Sehingga RM 50,000 dan tempoh bayaran adalah maksima selama 10 tahun (tertakluk kepada jumlah pembiayaan).

5. Program Mobilepreneur Food Truck

Golongan Sasar: Belia yang khusus dalam perniagaan makanan foodtruck.

Syarat Am:

  • Bumiputera berusia di antara 18-60 tahun.
  • Mempunyai pengalaman dalam perniagaan yang dijalankan.
  • Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa.
  • Operasi perniagaan mestilah lebih dari 6 bulan dan perniagaan sepenuh masa.
  • Lulus ujian psikometrik (dengan peratus 55% dan ke atas).
  • Bebas senarai hitam oleh MARA.
  • Perniagaan mestilah mematuhi Syariah.

Syarat Khusus:

  • Memiliki lesen memandu dan lesen Good Vehicle Driving License (GDL) yang sah.
  • Cadangan dan lokasi perniagaan mestilah mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.
  • Mengemukakan sebutharga trak (wang pembiayaan dibayar terus kepada pembekal trak).

Had pembiayaan

Syarikat milikan tunggal/perkongsian: RM250,000.
Syarikat Sendirian Berhad: RM500,000.

Tempoh bayar

Min: 4 tahun (48 bulan).
Maksima: 10 tahun (120 bulan).



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain