Bantuan PKP 3.0- PEMERKASA TAMBAHAN atau PEMERKASA

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan bantuan PEMERKASA 3.0 bagi memudahkan rakyat yang memerlukan di waktu getir ini. Dalam pakej bantuan ini sahaja, sebanyak RM40 billion telah diperuntukkan dengan tiga tujuan utamanya iaitu disertakan juga Bersama dengan 12 inisiati termasuklah:

1. Peralatan ICU rawatan COVID-19

Peruntukan sebanyak RM 450 juta bagi meningkatkan jumlah katil dan juga segala perawatan perubatan.

2. Pengurusan kesihatan

RM550 bagi menampung pertambahan dalam kos operasi, pengurusan dalam krisis kesihatan.

3. Lantikan jawatan

Jawatan kontrak sebanyak 14,000 jawatan pegawai perubatan telah dilantik.

4. Permberian vaksin

Mempercepatkan pemberian vaksin untuk 80,000 dos sehari (dianggar 150,000 dos sehari memjelang akhir Jun).

5. Aset kerajaan

Dalam memudahkan urusan warga emas untuk ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV), asset kerajaan digerakkan sebagai pemudah.

6. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Sebanyak RM 2.1 billion sehingga RM500 (mengikut kategori) menjelang akhir bulan Jun.

7. Pengurangan bayaran balik

Ansuran sebanyak 50% moratorium 3 bulan iaitu selama tempoh 6 bulan.

8. Skim rehabilitasi

Skim bagi tujuan sewa beli pengangkutan awam seperti basa dan juga teksi.

9. Program MARA Prihatin

Program ini membenarkan peminjam untuk menjadualkan semula bayaran pinjaman pelajaran.

10. Program Subsidi Upah

Program ini akan dilanjutkan selama sebulan.

11. Geran Khas Prihatin

Ditambah dari RM500 kepada RM1,500 bermula dari pertengahan bulan Jun dan baki pada Julai.

12. Bantuan khas

Bantuan khas one-off iaitu sebanyak RM500 bagi mengurangkan beban pemandu teksi, kereta sewa dan juga bas sekolah.

13. Tempoh perbaharui lessen perniagaan

Pengusaha kecil yang berkeinginan untuk memperbaharui lessen perniagaan mereka, tempoh bayaran paling lewat dikenakan adalah sehingga 31 Disember 2021.

14. Bil elektrik

Diskaun bil elektrik diberikan lanjutan khususnya kepada sector yang terjejas.

15. Duti Setem HOC (Home Ownership Campaign)

Dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

16. Cukai jualan kereta CKD dan CBU

Cukai jualan kereya CKD dan CBU mendapat pengecualian import sehingga 31 Disember 2021.

Siapakah yang layak menerima bantuan prihatin rakyat ini?

  • Mereka yang mempunyai isi pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan layak menerima bantuan sebanyak RM500.
  • Mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM2,501 sehingga RM5,000 layak menerima bantuan sebanyak RM300.
  • Golongan yang belum berkahwin atau bujang yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan layak menerima bantuan sebanyak RM100.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain