Bukan Kepintaran: Ini Rahsia Kejayaan Billionaire Elon Musk

0
167

Elon Musk dikenali sebagai salah seorang billionaire yang paling berjaya di dunia. Pada usia 46 tahun, beliau berjaya mendirikan perusahaan automotif terkenal Tesla yang mengeluarkan produk kenderaan elektrik. Pemuda kelahiran Afrika Selatan ini juga merupakan pemilik organisasi angkasa swasta Space X.

 

Jika dilihat sekilas pandang, semua kejayaan Elon Musk seperti datatng dari kepintaran yang dimilikinya. Tapi sebenarnya, kepintaran semata-mata tidak cukup untuk membuat seseorang mencapai kejayaan. Jim Cantrell, rakan sekerja Elon Musk di Space X mendedahkan rahsia kejayaan billionaire ini.

 

Dalam terbitan Forbes, Selasa (12/9/2017), Jim Cantrell menceritakan bahawa dia pernah menganggap idea yang dimiliki oleh Musk adalah pemikiran yang mustahil. Keinginan besar Musk untuk membawa orang ramai ke bulan bukanlah perkara yang biasa diimpikan oleh para usahawan di awal tahun 2000-an. Tetapi ternyata Musk berjaya menjadikannya suatu kenyataan dengan mendirikan perusahaan Space X.

 

Menurut Jim Cantrell, Elon Musk berjaya melakukannya kerana tiga perkara. Pertama, billionaire ini melakukan apa yang dia benar-benar minati. Kedua, Elon Musk juga fokus pada perkara yang benar-benar dalam kemampuannya, dan yang terakhir dia menghasilkan produk bernilai yang bepotensi dijual di masa depan.

 

“Kepintaran memang salah satu faktor kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang. Tetapi ia tidak dapat menjamin kejayaan seseorang,” tuturnya.

 

Akhir sekali, kejayaan yang dicapai Elon Musk berpunca dari kegigihannya dan tidak pernah berputus asa. Inilah yang menyebabkan Musk mampu menghadapi semua cabaran yang mendatang.

 

“Bukan kerana pintar, bukan kerana dia lulusan universiti ternama, bukan juga kerana dia memiliki pengalaman. Ini semua kerana dia sangat gigih untuk mengejar apa yang diinginkannya,” ujar Cantrell.

 

“Seorang pemenang dan juara akan selalu menerima takdir. Dia akan terus berjuang dan melakukan yang terbaik demi cita-cita. Meskipun gagal, dia akan tetapi bangkit dan terus mencuba,” tegasnya.