Covid 19: Impak Kepada Bisnes & Usahawan Malaysia

0
106

‘’ YAYY ! DAH BOLEH RENTAS NEGERI !!! ’’ Inilah antara ungkapan kegembiraan yang terzahir dari mulut segelintir rakyat di Malaysia, terutamanya bagi ‘anak rantauan’ di ibu kota tanahair. Malah ada yang menangis kegembiraan tatkala Yang Amat Berbahagia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bahawa rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Pelbagai gelagat yang melucukan yang dapat kita lihat melalui media sosial oleh segelintir individu yang terlalu excited ! Masakan tidak, sudah hampir 3 bulan diri kita ‘terkurung’ dan tidak beraya bersama keluarga tercinta serta hanya di ‘alam maya’ akibat daripada pandemik COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa ini. Pastinya berita ini yang amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak ! Bagaikan ‘Orang mengantuk disorongkan bantal’.

Meskipun begitu, kelonggaran yang telah diberikan ini tidak bermaksud kita boleh ‘bebas’ beraktiviti. Kita perlu mematuhi setiap ‘pantang larang’ yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sebagai NEW NORM fasa kehidupan kita masa kini.

WABAK COVID-19
Mari kita singkap kembali bermula dari tarikh 18 Mac hingga 31 Mac 2020 apabila seluruh Malaysia telah diisytiharkan sebagai PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) atau kuarantin bagi mengekang penularan COVID-19. Kesemua sektor kerajaan dan swasta serta premis perniagaan telah diarahkan tutup dan berhenti beroperasi. Rutin harian kita juga telah terjejas dan terbatas.

‘ STAY AT HOME ’
Sudah pastinya kita sebagai warganegara Malaysia yang bersatu hati diminta untuk memberikan kerjasama mematuhi arahan daripada pihak berkuasa. ‘DUDUK DI RUMAH’ atau ‘STAY AT HOME’ adalah antara analogi yang diwar-warkan oleh ‘ABAH’, iaitu Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya semua rakyat dapat mengelakkan diri daripada wabak COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa. ‘HERO’ negara kita, Dato. Dr Noor Hisham telah ‘berbuih-buih’ mulut setiap hari di kaca tv berpesan kepada kita semua mengenai SOP (Standard Operating Procedure) yang telah ditetapkan dalam memerangi virus jahat COVID-19 ini. Terdapat beberapa prosedur atau SOP yang mesti kita patuhi dan amalkan demi kesihatan dan kesejahteraan kita semua.

Namun begitu, masih terdapat segelintir pihak yang bersikap ‘Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ mementingkan diri sendiri dan ingkar dengan setiap arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Mereka tidak sedar bahawa sikap negatif mereka yang tular itu telah ‘membuka pekung di dada’ mempamerkan sikap ‘KURANG BIJAK’ mereka terhadap masyarakat serta hanya memalukan kaum keluarga dan negara. Hakikatnya, sikap ini lebih berbahaya daripada wabak COVID-19 yang melanda negara.

‘ MAKCIK KIAH ‘
Fenomena ‘MAKCIK KIAH’ juga antara isu viral yang paling mencuit hati dan diberi tumpuan oleh semua pihak terutamanya bagi golongan B40 dan M40, iaitu golongan yang wajib dibantu di Malaysia.
Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diperkenalkan pada musim PKP yang lalu dan jumlah bantuan telah diagihkan secara sama rata kepada beberapa kategori dan golongan yang terdapat di negara ini. Ini adalah antara salah satu inisiatif dan sumbangan daripada pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia.

Pelbagai isu negatif & positif telah ‘didendangkan’ dan dipaparkan menerusi media massa, media siaran mahupun media cetak. Terdapat beberapa pihak yang prihatin, antaranya pendakwah terkenal tanahair, Ustaz Ebit Lew yang telah menyalurkan sumbangan dan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian kepada insan-insan yang lebih memerlukan dan peralatan pelindung diri (PPE) kepada barisan frontliners sepanjang musim PKP yang lalu.

IMPAK TERHADAP PERNIAGAAN
Wabak COVID-19 ini pastinya telah memberikan impak yang sangat besar terhadap ekonomi negara. ‘Wabak’ kegusaran hati juga telah ‘melanda’ kehidupan para peniaga dan usahawan di seluruh Malaysia. Tidak kira perniagaan besar mahupun kecil-kecilan. Terdapat ramai individu yang telah dibuang kerja gara-gara majikan mereka tidak dapat menanggung dan membayar gaji para pekerja. Antaranya, AIR ASIA, syarikat penerbangan tambang murah yang tersohor di Malaysia. Baru-baru ini, hampir 300 pekerja di bawah syarikat tersebut telah ditamatkan perkhidmatan mereka kerana cut cost operasi syarikat susulan daripada virus jahat COVID-19. Ada diantara mereka sebagai ketua keluarga yang menanggung isi rumah, isteri & anak-anak tercinta. Sungguh resah si empunya diri menerima takdir ini. Hanya TUHAN sahaja yang tahu. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.’

Di samping itu, terdapat juga golongan majikan yang hanya mementingkan sale bisnes semata-mata dengan memaksa para pekerja untuk bertugas tanpa menghiraukan kesihatan dan hak sebagai pekerja sepanjang fasa PKP yang lalu.

PENGANTIN ‘PKPB’
Servis dan perkhidmatan perancang majlis perkahwinan juga turut terkena tempiasnya apabila bakal pengantin terpaksa membatalkan dan menunda tarikh pernikahan dan persandingan yang telah ditetapkan. Bermula 2 Jun 2020, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran untuk merentas negeri khas untuk urusan pernikahan, selain membenarkan akad nikah berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Terdapat beberapa syarat baru yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak yang berkaitan. Antaranya perlu mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan maksimum 20 orang sahaja yang terlibat. Pengumuman ini sedikit sebanyak dapat melegakan hati usahawan servis perkahwinan dan jurugambar. Pastinya para pengantin juga akan menyimpan memori istimewa ini bersama pasangan sebagai ‘Pengantin PKPB’!

BISNES ‘ONLINE
Seiring dengan era 2020 masa kini, setiap lapisan masyarakat dikehendaki supaya mempunyai critical thinking dan idea kreatif serta perlu bertindak agresif untuk bersaing meneruskan kehidupan. Pelbagai platform, peluang dan ruang yang telah ‘terbentang’ luas di depan mata kita ! GRAB THE CHANCE ! Hanya diri kita sahaja yang mampu mengubah corak kehidupan kita.

FV BAZAAR’ yang telah diasaskan oleh usahawan fesyen terkenal, Vivy Yusof, merupakan salah satu platform terbaik kepada para peniaga F&B bagi memasarkan produk mereka secara online sepanjang bulan Ramadhan. Selain INSTAGRAM, ‘SIFU FB ADS’ adalah antara mentor terbaik yang pernah saya sertai bagi kelas pemasaran di laman sosial FACEBOOK secara atas talian atau online. Pelbagai ilmu serta marketing strategy yang padu dan fresh dapat dipelajari sepanjang menyertai kelas ini. Sesi coaching boleh dipilih oleh para peserta samaada secara individu mahupun berkumpulan. Bayarannya juga sudah pasti berbeza. Sejujurnya, saya sendiri merupakan salah seorang pengguna kesemua platform tersebut untuk memasarkan dessert jualan saya, iaitu ‘Durian Crepe’ dan ‘Puding Roti Mersing’ sepanjang tempoh kuarantin yang lalu. ALHAMDULILLAH ! Sambutan jualan yang sangat positif !

Majoriti 90% usahawan muda di Malaysia kini telah mengikuti kelas SIFU FB ADS ini dan rata-ratanya jualan mereka berkembang maju ! Antaranya idola saya, iaitu usahawan dan pengasas halal mooncake dan kuih bakul, YAYA VICTORY.  So, COME ON, GUYS ! Sudah 2020 ! Jangan harapkan KERETA TERBANG SAMATA-MATA ! MINDSET KITA YANG MESTI TERBANG !  


SI BIJAK MENCARI JALAN, SI DUNGU MENCARI ALASAN
Mari kita lihat salah satu perniagaan yang amat saya kagumi ‘rentak’nya.

CHATIME. Siapa sahaja yang tidak mengenali syarikat minuman lifestyle pelbagai perisa yang telah viral di seluruh Malaysia.
Sepanjang tempoh kuarantin yang lalu, saya perhatikan bisnes ini sangat kreatif dan rancak mempromosikan produk mereka yang telah menjadi trend pelbagai golongan di Malaysia, tidak kira umur dan bangsa. Setiap hari, ada sahaja idea-idea fresh dan baru dari marketing team mereka. Laman sosial Instagram telah menjadi ‘pengikat kasih’ antara Chatime dengan para pelanggannya. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi kualiti branding perniagaan Chatime.

OH YA ! Ada yang berpendapat, ‘’Bisnes F&B (Food & Beverage) bolehlah ‘survive’…Sebab hari-hari ada orang makan dan minum. Kami ni hanya bisnes jual pakaian & produk kecantikan…Orang tak beli produk kecantikan & pakaian setiap hari..” Ini adalah antara MENTALITI YANG SALAH DAN TIDAK MAJU !
Antara perniagaan produk kecantikan dan telekung yang telah viral di seluruh tanahair, iaitu AINAA BEAUTY dan TELEKUNG NOUREEN adalah antara business online yang aktif dan ‘meletop’ jualannya sepanjang musim PKP yang lalu ! Berdasarkan pemerhatian saya, teamwork & communication antara majikan, leader, agent dan penjual menjadi faktor utama kejayaan sesebuah perniagaan. INI TELAH TERBUKTI DAN IANYA REALITI !  TIADA YANG MUSTAHIL !

Tidak ketinggalan juga terdapat individu yang menawarkan diri sebagai Runner, Grab Food, Food Panda, iaitu penghantar makanan dan barangan, selain mengambil upah mengutip sampah dari rumah ke rumah sepanjang tempoh PKP yang lalu.  NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH’ !

Justeru itu, kita sebagai rakyat marhaen, masih belum terlambat untuk mengubah mindset dan corak kehidupan kita menjadi lebih baik dan maju. D.U.I.T: DOA ! USAHA ! IKHTIAR ! TAWAKKAL ! Sesungguhnya, ‘’ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.’’

COVID-19 / PKP / PKPB / PKPP

Fenomena ini selamanya akan sentiasa terukir di memori dan memahat sejarah di dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Sudah pasti ada hikmah di sebalik-Nya di atas segala yang terjadi.
Jika musibah ini tidak melanda, mana mungkin saya dapat berkarya untuk mencoret nukilan ini buat tatapan para pembaca yang manis lagi budiman.

Wahai Usahawan yang budiman, tanamkan dalam diri anda NAWAITU BERNIAGA adalah kerana ALLAH S.W.T dan mengikut sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W serta niat untuk membantu insan-insan & hidupan di sekeliling kita yang lebih memerlukan. IN SHAA ALLAH segalanya akan dipermudahkan.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain