FAKTA MENARIK POPCORN YANG ANDA PATUT TAHU!

Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai popcorn merupakan antara snek popular yang lazat dan mudah untuk dimakan di mana sahaja. Di Malaysia, popcorn cukup sinonim dengan wayang di pawagam. Ini kerana, kebiasaannya, pengunjung akan membeli popcorn sebagai snek makanan ringan untuk dimakan ketika menonton wayang. Penyediaan popcorn juga amat mudah jika dikendalikan menggunakan mesin yang direka khas untuk menghasilkan popcorn. Berikut dikongsikan antara fakta menarik mengenai popcorn yang mungkin anda tidak ketahui.

  1. Popcorn untuk Kesihatan
  • Mungkin kita tak sangka bahawa popcorn merupakan sejenis bijirin yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan. Bagaimana? Jika anda nak tahu, popcorn memiliki kandungan serat yang agak tinggi dan kurang kandungan kalori di dalamnya. Tetapi, perlu diingatkan, untuk ini, anda tidak digalakkan untuk menambah pelbagai perisa pada popcorn seperti garam, gula dan karamel yang berlebihan kerana akan memberikan kesan negatif kepada tahap kesihatan anda.
  1. Snek kegemaran rakyat Amerika
  • Pernahkah anda terfikir bagaimana popcorn atau bertih jagung menjadi salah satu makanan ringan yang popular? Jika anda nak tahu, popcorn amat terkenal di Amerika. Popcorn pula berasal dari tanaman jagung dan cara memasak bertih jagung telah wujud sejak beribu tahun lagi. Tahukah anda bahawa popcorn merupakan antara jualan yang sangat laris ketika zaman kemelesetan Amerika Syarikat pada suatu masa dahulu? Pada masa itu, popcorn dijual pada harga yang sangat murah iaitu antara 5 hingga 10sen.
  1. Boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai resepi masakan popcorn yang bersesuaian
  • Cara penyediaan bertih jagung amat mudah jika menggunakan mesin khas untuk membuat popcorn. Popcorn boleh disediakan dalam masa yang amat cepat sesuai dengan citarasa anda. Terdapat pelbagai perasa yang bersesuaian untuk popcorn seperti tambahan perisa gula, madu, karamel, garam, sirap, coklat atau banyak lagi yang anda boleh sesuaikan mengikut kehendak semasa. Jika anda ingin memulakan perniagaan dengan modal yang rendah, perniagaan popcorn amatlah sesuai. Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lebih lanjut https://www.usahawan.com/shop/food-supplies-equipment/food-machinery/popcorn-machine-electric-1300w-8oz/.

Secara ringkasnya, terdapat banyak fakta menarik dan kelebihan yang ada pada popcorn yang belum kita ketahui. Di samping itu, terdapat banyak cara untuk memasak bertih jagung ini. Ianya bergantung pada kreativiti dan resepi masing-masing. Secara manualnya, popcorn boleh juga dihasilkan menggunakan periuk biasa. Cara membuat popcorn amat mudah, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan mesin khas untuk membuat popcorn. Sekiranya popcorn dibuat untuk berniaga, adalah digalakkan untuk menghasilkan bertih jagung menggunakan mesin khas popcorn. Kenapa? Kerana dengan menggunakan mesin khas popcorn, anda boleh menghasilkan popcorn dengan kuantiti yang banyak dan boleh menjimatkan masa anda! Semoga bermanfaat.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain