Fuh! Income RM350,000 Sebulan Jual Dodol

0
1596

Siapa sahaja yang tidak mengenali makanan tradisi ini, setiap kali hari raya tiba, makanan ini wajib dihidang kepada tetamu. Dodol merupakan makanan tradisi yang menjadi makanan turun-temurun di kalangan masyarakat kita, apatah lagi orang Melayu. Tidak lupa juga dengan negara jiran kita iaitu Indonesia juga menjadikan dodol sebagai manisan yang disajikan setiap kali terdapat kenduri. Dodol yang disukai oleh ramai orang membuatkan usahawan mengambil peluang tersebut sebagai peluang untuk mencari rezeki. Dengan melihat keadaan semasa, seorang usahawan telah menjadikan dodol sebagai perniagaan utamanya.

Mula Mendapat Inspirasi

Dikenali dengan “Dodol 13 Perisa Hj Ideris” membuatkan usahawan ini berjaya dalam perniagaan dodolnya dengan membuat inovasi terhadap dodol agar ia menghasilkan pelbagai rasa yang berbeza. Hj Ideris Zainuddin yang berasal dari Melaka ini mengambil inspirasi ketika beliau membuat lawatan di Thailand di mana beliau melihat pengusaha di Thailand membuat dodol dengan pelbagai warna dan tidak menjejaskan rasa asli dodol tersebut. Dengan lawatan yang dilakukannya, beliau terus nekad untuk membuat inovasi terhadap dodol yang terdapat di Malaysia.

Sentiasa Berfikiran Positif

Dengan berbekalkan bantuan daripada Jabatan Pertanian dan MARDI, Hj Ideris menggunakan bantuan tersebut dalam melakukan kajian sebelum memasarkan dodolnya. Beliau juga pernah dianggap gila kerana ingin menghasilkan dodol yang pelbagai perisa kerana fikiran masyarakat masa itu, dodol tidak boleh dibuat dengan perisa yang berbeza, kerana bimbang akan keaslian rasa dodol tersebut hilang. Namun, Hj Ideris mengambil dari sisi yang positif dengan terus mencuba untuk menghasilkan dodol pelbagai perisa.

Kerajinan Membawa Kejayaan

Hasil ketabahan dan kerajinan yang beliau tunjukkan, beliau membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita mencuba dan terus berusaha. Dengan cubaan pertama, Hj Ideris telah menghasilkan dodol perisa cappuccino dan durian, diikuti dengan perisa dodol asli badam, gajus, kurma dan kismis. Hj Ideris yang dibantu oleh isterinya turut memberi kerjasama dan menyokong beliau dari segi fizikal dan mental.

Hj Ideris juga membuka kilang memandangkan dodol yang dihasilkan mendapat sambutan di negara sendiri, bahkan luar negara juga mengemari dodol yang pelbagai rasa ini. Dengan srategi pemasaran yang Berjaya, beliau berhasil mengeksport dodolnya ke luar negara seperti Singapura, Brunei dan China. Perniagaan yang semakin hari semakin meningkat membuatkan Hj Ideris semakin bersemangat dalam menjalankan perniagaan berasaskan makanan tradisi melayu ini.

Menjadi Punca Rezeki

Dari bermulanya sebuah kuali, kini terhasilnya kilang yang mempunyai 46 pekerja dan kilang beliau juga mendapat pensijilan MesTI serta pensijilan HALAL dari JAKIM. Dengan adanya kilang tersebut, Hj Ideris mampu menghasilkan dodol 600 kilogram dan beliau mampu menghasilkan pendapatan sebanyak RM 350,000.00 dalam etahun. Oleh itu, Hj Ideris menjadikan perniagaannya ini untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan. Jika dianggarkan usia perniagaan beliau kini hampir 19 tahun telah beroperasi.

Walaupun pada permulaannya sukar, namun apabila kita berusaha dan percaya dengan apa yang kita lakukan, sudah pasti kita akan mendapat hasil dari titik peluh sendiri . Semoga artikel ini dapat memberi inspirasi kepada anda.

Rujukan:

http://animhosnan.blogspot.com/2015/12/usahawan-dodol-hj-idris-melaka.html



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain