5 Tips Freelancer Di Luar Sana Perlu Ketahui

Bagaimanakah Caranya Untuk Menjadi Pekerja Sambilan Yang Berjaya? Ini 5 Tips Freelancer Di luar Sana Perlu Ketahui!

Pekerja sambilan (freelance) seringkali disalah anggap atau disamakan dengan pekerja part-time (separuh masa) tetapi kedua-dua ini adalah berbeza antara satu sama yang lain. Apa yang membezakan pekerja sambilan dan juga pekerja separuh masa ini? Pekerja separuh masa masih terikat dengan syarikat mereka bekerja, tidak kiralah apa jua pekerjaan sekalipun. Waktu bekerja mereka kurang berbanding mereka yang bekerja sepenuh masa dan mereka yang bekerja separuh masa ini biasanya boleh melakukan kerja secara bergilir (shift) dan fleksibel mengikut waktu yang sesuai. Manakala, pekerja
sambilan pula tidak terikat dengan mana-mana syarikat. Dalam kata mudahnya, mereka bekerja dengan diri sendiri tanpa dikawal dan diawasi dengan ketat oleh majikan. Pekerja sambilan ini hanya akan dibayar gaji mereka apabila diberikan tugasan atau apa jua projek dari majikan mereka. Mereka tidak dibayar setiap bulan seperti pekerja lain. Namun begitu, jika anda ada terfikir untuk membuat kerja sambilan, pastikan anda membuat kerja yang boleh meningkatkan tahap kemahiran terhadap sesuatu perkara.

  1. Kukuhkan and kemaskini semula profil anda

Walaupun anda sudah bekerja secara sambilan, tetapi perlu diingat bahawa pekerjaan anda itu hanyalah pekerjaan sambilan bukan kerja tetap. Mereka yang membuat pekerjaan sambilan ini biasanya pelajar, suri rumah dan mereka yang ingin menambah kemahiran dalam sesuatu. Dalam setengah kes, ada juga yang membuat kerja sambilan sebagai hobi dan mengisi masa lapang mereka. Mengapa pentingnya kukuhkan semula profil anda? Ini sebagai kelebihan kepada anda supaya majikan lebih tertarik dengan pengalaman pekerjaan yang anda lakukan walaupun hanya bekerja sambilan mahupun separuh masa. Gunakan akaun mencari pekerjaan seperti Linkedin, Maukerja, Jobstreet, Neuvoo dan sebagainya untuk menunjukkan kelebihan anda bekerja di mana-mana organisasi. Jangan jatuhkan motivasi anda sendiri walaupun hanya bekerja sementara waktu kerana setiap pekerjaan yang anda lakukan pasti anda akan memperoleh sesuatu dan mendapat kelebihan dari perkara tersebut.

  1. Membina networking dengan orang ramai

Networking merupakan satu perkara yang paling asas dalam pekerjaan namun tidak semua orang mempunyai kepakaran dalam melakukannya. Segalanya memerlukan
masa dan ilmu. Walaupun anda bekerja sambilan, salah satu cara untuk anda membina networking dengan orang lain adalah dengan membuat kad bisnes anda sendiri
supaya orang lebih tertarik untuk mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Mungkin ada sebilangan orang yang merasakan cara menggunakan kad bisnes ini agak lapok,
tetapi inilah cara yang paling mudah dan kelihatan lebih profesional. Tidak salah jika anda hanya ingin bertukar nombor telefon dengan seseorang itu begitu sahaja, tetapi
untuk tampak lebih yakin dan profesional, kad bisnes juga sangat membantu.

  1. Gunakan masa anda sebaiknya

Situasi anda sangat jauh berbeza dengan mereka yang bekerja sepenuh masa di pejabat kerana pekerja sambilan ini agak ‘special’ kerana majikan tidak terlalu mengerah
mereka melakukan tugasan kerana pekerja sambilan tidak terikat pun dengan syarikat tersebut. Maksudnya disini, masa anda untuk melakukan tugasan itu adalah
fleksibel. Rancang waktu anda sebaiknya walaupun membuat tugasan yang kecil sekalipun.

  1. Tingkatkan motivasi diri

Memang benar bekerja sambilan ini lebih tenang, masanya fleksibel tetapi itu tidak bermaksud anda mengambil pekerjaan anda sambil lewa dan tidak mempunyai disiplin
diri yang kuat. Mungkin adakalanya anda akan merasakan kerja sambilan ini memenatkan kerja anda bukan membuat kerja itu sahaja tetapi anda juga membuat kerja lain dalam masa yang sama. Janganlah anda fikir bahawa anda hanya bekerja sambilan, anda boleh melakukan pekerjaan anda dengan sewenang-wenangnya. Itu bukanlah satu perkara yang patut dicontohi. Jadikan pekerjaan sambilan anda ini sebagai motivasi anda untuk terus berusaha dan bersemangat dalam bekerja untuk masa akan datang.

  1. Lengkapkan diri dengan kemahiran programming

Belajar ilmu programming dan apa jua kemahiran sebaiknya. Tidak rugi menuntut ilmu kerana anda sendiri juga yang akan memperoleh sesuatu daripada ilmu tersebut.
Sekarang ini, masalah siber buli semakin menjadi-jadi dengan kes penggodaman data peribadi dan sebagainya. Pastikan anda mempunyai ilmu walaupun hanyalah yang
basic kerana ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda meningkatkan kemahiran dalam diri anda.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain