Jangan Terkejut, Jual Kek Buah Kukus Pun Boleh Jana Income Tau

0
1291

Usahawan Kek Buah

Kek buah kukus adalah hidangan yang perlu ada setiap kali majlis diadakan, lebih-lebih lagi pada musim perayaan. Mudah untuk didapati di kedai-kedai roti kerana ia mudah untuk dihasilkan. Kek yang berasaskan tepung ini juga mempunyai banyak peminat tegar. Tidak hairanlah, banyak pengusaha yang mengusahakan kek buah kukus untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan mahupun tetap. Ikuti kisah-kisah usahawan yang berniaga dalam kek buah kukus.

Kisah 1: Usahawan Kecil Membuka Kilang Kek Buah Kukus

Dengan bantuan kewangan daripada HIJRAH, sepasang suami isteri berjaya membuka kilang kek yang diberi nama Kilang Kolam Emas Sdn. Bhd. Pemilik kilang kek iaitu Zukahida Kasim merupakan usahawan kecil pada mulanya, kini berjaya menjadi usahawan yang berjaya.

Dengan perkongsian yang diberikan, pada asalnya mereka hanya membuat kek buah yang dikukus secara homemade iaitu dibuat di rumah. Permintaan yang meningkat membuatkan usahawan ini perlu mengeluarkan lebih banyak modal di mana mereka perlu membeli keperluan dan alat-alat yang lebih besar dari sebelum ini.

Dalam proses memajukan perniagaan, Zukahida selaku pengasas Kilang Kolam Emas Sdn. Bhd. telah membuat pinjaman daripada HIJRAH sebanyak RM 5,000 untuk membantu perniagaannya. Beliau mengatakan, pinjaman yang dibuat adalah untuk membeli perkakas dan keperluan membuat kek buah kukus dalam kuantiti yang banyak.

 “Duit hijrah yang diterima kami gunakan sebaik mungkin membeli perkakas dan keperluan lain untuk membuat kek buah kukus denga kuantiti yang lebih banyak berbanding sebelumnya.”

“Alhamdulillah tidak sampai setahun kami berjaya melangsaikan dalam jangka masa yang pendek dan bermula April 2016 kami menmbuat keputusan untuk bukak kilang kek.”

Kek buah kukus Zukahida berjaya di hantar di beberapa pasaraya terutamanya di Lembah Klang. Bahkan, pasaraya Giant juga turut memberikan tawaran kepada mereka untuk menjadi pembekal di 103 outlet seluruh Malaysia.  

Kisah 2: Anak Peneroka Felda Menjadi Usahawan Kek Buah Kukus

Atas minat yang tinggi terhadap dunia ‘baking’, usahawan yang dikenali sebagai Puan Rozeyana Binti Mursidi merupakan anak peneroka Felda Jelai 4 telah mengusahakan perniagaan berasaskan kek buah kukus secara sambilan. Beliau yang telah kehilangan ayah dan suami, telah bangkit untuk mengusahakan sesuatu yang dapat menampung mereka anak beranak memandangkan Puan Rozeyana tinggal bersama ibunya.

Pada permulaan perniagaan, beliau hanya menghasilkan kek marble dan kek pelangi. Perkembangan perniagaan Puan Rozeyana membuatkannya untuk menambah produk lain. Maka, tercetuslah idea untuk menghasilkan Kek Buah Kukus Nenek di mana ia merupakan resepi turun temurun. Kek Buah Kukus Nenek mendapat permintaan yang ramai dan mendapat sambutan yang baik.

Untuk strategi pemasaran, beliau memasarkan produknya di kawasan Felda Jelai 1, 2, 3, 4 dan sekitar Gemas, Pasir Besar serta Bukit Rokan. Tidak lupa juga, beliau memasarkannya di laman media sosial seperti facebook. Puan Rozeyana berharap agar produk makanan yang dihasilkannya dapat dipasarkan di seluruh Malaysia.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain