Kelebihan Mesin Silhouette Cameo 4 yang Wajib Anda Tahu!

Anda pernah tak dengar mesin Silhouette? Tak pernah? Apa itu Mesin Silhouette Cameo 4?
Mesin Silhouette CAMEO 4 merupakan produk terunggul yang dikeluarkan oleh Silhouette America yang mengkhususkan penghasilan mesin pemotong dalam industri design, seni dan kraf. Silhouette America ialah sebuah syarikat yang mengeluarkan mesin pemotong, bilah dan banyak lagi. Silhouette America juga membina perisian mereka sendiri yang dapat dipasang bersama mesin-mesin pemotong Silhouette lain yang dijual oleh syarikat ini

Mesin pemotong Cameo ini sudah dijual di Malaysia untuk individu yang membuat perniagaan dari rumah dan kecil-kecilan kerana mesin ini boleh menghasilkan motif di beg atau gambar pada cawan di mana gambar tersebut dipotong menggunakan mesin ini. Jadi, senanglah kerja peniaga ini, kan?

Sebelum ini, Mesin Silhouette ini mengeluarkan model Cameo 3 tetapi untuk model Cameo 4, syarikat ini telah menaiktaraf dan mengemaskini ciri-cirinya yang tiada pada Cameo 3 dan menjadikan mesin Cameo 4 lebih baik, lebih daboom dan lebih berbaloi untuk dibeli daripada model sebelumnya. Kelebihan menggunakan mesin ini daripada mesin pemotong jenama lain adalah:

  1. Tiga kali kelajuan untuk memotong!
    Kelajuan pemotongan dapat dilihat betapa lajunya Cameo 4 ini boleh memotong bahan dengan lurus walaupun kita menukar arah. Dari kiri ke kanan, dari lurus ke bengkok dan sebagainya. Hasilnya, kita akan mendapat potongan yang lurus. Kelajuan ini adalah dua kali lebih laju daripada Cameo 3 dan ini dapat mempercepatkan lagi kerja kita memotong bahan-bahan lain. Menarik, kan?
  1. 20 kali lebih kuat untuk memotong
    Apa maksud lebih kuat untuk memotong? Silhouette Cameo 4 ini mempunyai daya pemotong sehingga 5kg, di mana untuk Cameo 3 hanya mempunyai daya pemotong sehingga 210 gram. Apabila daya pemotong bertambah, Cameo 4 dapat memotong bahan yang lebih tebal dan lebih padat seperti kayu balsa, papan mat dan banyak lagi. Kita juga boleh memotong lebih banyak kertas dalam satu masa!

  1. Maksimum panjang pemotongan sehingga 24 inci dan juga built-in roll feeder yang sangat mudah untuk digunakan. Dengan panjang pemotongan sehingga 24 inci atau 60 kaki, Cameo 4 membolehkan anda membuat projek yang lebih seperti membuat banner. Cameo 4 juga mempunyai pengumpan gulung yang terbina di dalam (built-in roll feeder) yang membolehkan anda memuat dan memotong bahan gulung seperti vinil dan pemindahan haba dengan mudah. Anda tidak perlu lagi bersusah payah memasang feeder sendiri dan juga risau jika Cameo anda panas kerana Cameo 4 mempunyai ciri-ciri ini! Menarik, kan? Cameo 4 juga bukan sahaja mempunyai built-in roll feeder sahaja rupanya tetapi mereka juga mempunyai pemotong silang yang terbina di dalam (built-in crosscutter) yang membolehkan anda memangkas vinil atau pemindahan haba terus daripada gulungan tersebut. Sangat mudah untuk digunakan!
  1. Pemotongan tanpa wayar dengan sambungan Bluetooth dan teknologi PixScan.
    Kini, semua benda wireless. Kita tidak perlukan wayar. Ciri-ciri ini tiada pada Cameo 3 dan ini lebih memudahkan pengguna dan lebih selesa berbanding model Cameo yang lama. Model Cameo 4 ini juga serasi dengan teknologi PixScan yang membolehkan kita memotong dengan tepat pada gambar yang dicetak dan juga kedudukan garis potong di lokasi tertentu pada bahan yang anda gunakan. Sangat mudah untuk digunakan!
  1. Ciri-ciri khas baru
    Selain daripada pembaharuan yang kami sebutkan di atas, Cameo 4 juga mempunyai beberapa ciri-ciri khas baru yang tiada pada Cameo 3 dan memudahkan lagi pengguna Cameo Antaranya:
  • Cameo 4 mempunyai alat pemacu gear dengan kemampuan menggunakan pisau putar (sesuai untuk memotong kain felt dan kain fabrik!);
  • Bilah kraft (Kraft blade);
  • Single tap AutoBlade;
  • Alat penyesuai (Tool adapter) yang berfungsi untuk menyesuaikan alatan daripada model terdahulu Cameo ke Cameo 4;
  • Alat pengesan automatik yang berfungsi untuk mengesan jenis alatan yang kita gunakan di dalam mesin. Ini termasuklah auto blade, pen sketch dan banyak lagi.
  • Cameo 4 juga disokong oleh Silhouette Studio┬« memberikan anda pilihan mereka bentuk produk tanpa had untuk menyesuaikannya dengan projek anda.
  • Mempunyai ciri-ciri estetik yang ringkas dan padat dengan penutup gelangsar (sliding lid) dan panel sentuh cahaya bulu-cahaya (feather-light backlit touch panel) yang memudahkan lagi kerja-kerja anda.

Pendek kata, jika anda mempunyai perancangan untuk membeli mesin pemotong dan sedang mencari model apakah yang menarik hati anda dengan ciri-ciri yang menarik dan penggunaan yang sangat mudah, Cameo 4 lah jawapannya! Anda tidak perlu runsing mengenai kelurusan kertas anda atau berapa tebal mesin Cameo boleh memotong kerana Cameo 4 ada semua jawapan yang anda cari.

Jika peniaga lain sudah mendapatkan Cameo ini, anda juga jangan ragu-ragu untuk mendapatkan ia dan memajukan lagi perniagaan anda sekarang. Cameo 4 adalah produk yang sangat menguntungkan jika anda beli sekarang dan teroka lagi perniagaan bersama-sama dengannya. Tunggu apa lagi, tempah sekarang di laman Silhoutte America atau di www.usahawan.com sekarang, sebelum stok habis!



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


    [anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


    Lihat artikel menarik yang lain