Kisah Jutawan Jalen

0
363

Ramai sahaja usahawan mencari idea untuk mencipta sesuatu yang baru atau mengubah produk yang lama atau menambah nilai pada sesuatu produk dan perkhidmatan yang dilakukan. Ini berlaku juga kepada seorang usahawan tempatan iaitu pengasas produk Jalen yang terkenal pada masa kini. Dato Hj. Abdul Jalil Bin Hj. Long merupakan pemilik asal dan pengasas kepada Jalen Sdn. Bhd di mana syarikat ini mengeluarkan kicap yang diluluskan oleh KKM dan mendapat pensijilan halal dari pihak JAKIM.

Dengan memenuhi keperluan pelanggan, Dato Hj. Abdul Jalil telah mengambil inisiatif untuk mencipta produk perasa untuk makanan iaitu kicap yang diberi nama Jalen.  Jika kita melihat sejarah permulaan Jalen, ia ditubuhkan dengan syarikat kecil sahaja iaitu Jalil Enteprise pada tahun 1981. Pada masa itu, mereka hanya menumpukan kepada produk kicap sahaja dengan nama jenama Habhal dimana syarikat mereka hanya secara kontrak dan akan ditamatkan pada 1986.

Dengan keinginan dan kesedaran yang kuat pada diri Dato Hj. Abdul Jalil, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Syarikat Jalen Sdn. Bhd pada tahun 1988. Kesedaran ini lahir kerana majoriti pengguna muslim yang tinggal di Malaysia. Maka, beliau mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan kicap yang berjenama JALEN yang dijual secara terus kepada pelanggan.

Permintaan yang semakin meningkat membuktikan kicap buatan JALEN mendapat sambutan yang positif terhadap pelanggan. Hal ini menyebabkan, pengasas JALEN mengembangkan perniagaannya lagi dengan membuat pelaburan sehingga berjuta ringgit. Perkembangan yang berlaku terhadap syarikat Jalen ini, membuatkan mereka menggunakan alatan seperti mesin teknologi yang canggih untuk kecekapan dan keberkesanan industry yang dilaksanakan. Jalen Sdn. Bhd juga mula mengeluarkan produk yang lain selain kicap Jalen seperti sos cili, kicap manis, sos tomato yang berperasa tiram, cuka buatan, taucho masin dan kordial.

Mengenai kehalalan produk ini, pengasas Jalen menyakinkan dengan mengambil sijil halal daripada pihak JAKIM dari Johor dan juga syarikat ini menepati Akta Peraturan Makanan 2000 untuk menjamin dan menjaga integrity halal terhadap produk muslim. Dalam aspek kebersihan juga, syarikat ini amat menitikberatkan dari aspek tersebut agar tidak ada kontroversi yang berlaku. Produk Jalen bermutu tinggi dan mempunyai rasa yang berbeza dengan keluaran yuang lain.

Usahawan yang bermula dari bawah ini telah berjaya pada masa sekarang dan juga telah menjadi juatawan pada usia yang sepatutnya. Mungkin sahaja, beliau banyak halangan yang dihadapi dalam membangunkan syarikat ini sehingga ia dikenali oleh orang ramai, bahkan produk keluaran Jalen juga dapat menambat hati pelanggan.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain