Kisah Penternak Ayam Mutiara

0
1860

Permintaan ayam yang tidak ada turunnya membuatkan para usahawan merebut peluang yang sudah terang-terangan membawa pulangan yang tinggi kepada usahawan itu sendiri. Daging ayam yang mempunyai peminat di semua peringkat memudahkan lagi untuk pengusaha mencari sasaran pelanggan. Lebih-lebih lagi kepada pengusaha restoran, sudah tentu daging ayam menjadi kewajiban untuk dibeli kerana ia boleh dikatakan daging ayam menjadi makanan rutin terhadap masyarakat. KFC dan MacD juga memerlukan daging ayam kerana ia merupakan makanan asas yang mereka pasarkan.

Mengambil Nasihat Sebagai Inspirasi

Mengikuti kisah inspirasi seorang pramugara yang kini telah menjadi usahawan  penternak ayam di Malaysia. Semuanya bermula dari nasihat Datuk Seri M. Saravanan di mana beliau telah menasihat Shanmugan agar menternak ayam kerana beliau melihat sektor penternakan dan pertanian semakin berkembang dari semasa ke semasa. Sektor penternakan juga berpotensi untuk golongan belia memandangkan sektor ini memerlukan tenaga yang banyak untuk menghasilkannya.

Mengikut Latihan NAAM

Dengan berbekalkan latihan daripada Yayasan Gerakan Afirmatif Baharu (NAAM), Shanmugan nekad membuka ladang untuk penternakan ayam selepasa beliau yakin dengan keuntungan dalam sektor ini. Beliau juga mengatakan latihan yang diberikan di NAAM membuatkannya untuk mengaplikasikan dalam perniagaan. Melibatkan diri dalam NAAM mengajar Shanmugan bagaimana untuk berniaga terutamanya dari sektor penternakan yang beliau laksanakan.

Modal Sendiri Bersama Rakan Kongsi

Shanmugan bersama rakan kongsinya memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM 50,000.00. Modal tersebut digunakan untuk menyewa tanah seluas 2.5 hektar, ayam ternakan sebanyak 400 ekor dan keperluan lain. Shamugan dan rakannya memilih jenis ayam mutiara untuk mereka ternak. Shanmugan mengetahui ayam mutiara mempunyai pulangan komersil yang tinggi memandangkan ayam jenis ini sangat berkualiti di mana ayam mutiara tahan lasak, tahan panas, mudah dijaga, bahkan ayam tersebut kurang makan berbanding ayam biasa.

Ayam Mutiara Menjadi Pilihan Ayam Ternakan

Ayam mutiara juga mempunyai khasiat yang baik kerana mempunyai kolesterol yang rendah. Shanmugan juga mengatakan bahawa ayam mutiara betina yang berusia 9 bulan mampu menghasilkan telur sehingga 30 biji pada satu masa. Hal ini menyebabkan pengusaha ternak ayam mutiara dengan mudah mendapatkan hasil yang lumayan. Malahan, ayam mutiara yang baru sahaja berusia 2 tahun setengah boleh terus dijual dengan harga yang berpatutan.

Rancangan Masa Hadapan

Mengenai perancangan masa hadapan, beliau merancang untuk mengembangkan perniagaan ternakannya di mana bilangan ayam yang diternak bertambah sehingga 5,000 ekor ayam.

Begitulah kisah seorang usahawan penternak ayam di mana beliau seorang pramugara yang makan gaji, kini menjadi seorang majikan yang berjaya.



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes



Lihat artikel menarik yang lain