Langkah Untuk Memulakan Perniagaan Homestay

0
704

Perniagaan homestay mempunyai potensi yang menguntungkan jika anda tahu cara-caranya. Di Malaysia,homestay banyak dibina dan ia mencapai lebih daripada 6700 yang telah didaftarkan. Anda boleh menceburkan diri dalam perniagaan ini secara sederhana sebagai permulaan.

Bagaimana set-up business Homestay?

Saiz Aset

Aset merupakan ‘bahan’ utama dalam membina perniagaan homestay. Aset yang dimaksudkan seperti rumah yang boleh dijadikan homestay. Homestay adalah berbeza dengan hotel. Oleh itu, anda harus tahu cara membezakan homestay dan hotel. Selain itu, saiz juga perlu dipertimbangkan di mana anda bebas menentukan jumlah bilik dalam sebuah homestay dan ruang yang sesuai. Kebiasaannya, pelanggan lebih suka tinggal di rumah yang mempunyai ruang tamu yang luas dan terdapat parking kereta.

Pelesenan

Seperti yang anda tahu, setiap perniagaan perlu didaftarkan dengan pihak yang berkaitan. Jika anda menyewa rumah tersebut, anda perlu memastikan pemilik asal mendapat maklumat mengenai subleasing dan mendapat kelulusan daripada mereka. Adalah lebih baik ia dibuat dalam bentuk bertulis untuk memastikan kontrak berjalan dengan lancar.

Sewa atau beli atau pemilik

Pemilikan aset adalah bergantung kepada anda. Homestay boleh dalam bentuk sewaan, dibeli atau aset pemilik sendiri. Jika anda menyewa rumah untuk dijadikan homestay, anda perlu pastikan tuan tanah mengetahui tujuan anda menyewanya. Manakala jika anda berhasrat untuk membelinya, maka jiran-jiran anda perlu tahu rumah anda adalah homestay agar masalah tidak timbul.

Lokasi

Pemilihan lokasi adalah sangat penting kerana ia merupakan faktor untuk menarik pelanggan untuk menyewa di homestay anda. Anda perlu memilih kawasan yang jauh dari bandar kerana kebanyakan homestay berada di kawasan yang lebih tenang dan privasi contohnya homestay yang berdekatan dengan pantai.

Menyediakan perabot

Adalah tidak lengkap jika membiarkan homestay kosong tanpa perabot. Anda perlu menyediakan perabot yang sesuai mengikut kesesuaian homestay anda. Contohnya, menyediakan set tempat tidur di setiap bilik, meja makan , meletakkan perabot yang di ruang tamu bagi keselesaan pelanggan dan perabot yang sepatutny ada dalam rumah.

Kemudahan atau fasiliti

Seterusnya, anda perlu menyediakan kemudahan dalam homestay tersebut. Kemudahan ini merujuk kepada penyediaan WI-FI, tempat memasak, fridge, mesin basuh, makanan dan sebagainya. Contohnya, anda menyediakan tempat memasak seperti dapur dan fridge, oleh itu pelanggan hanya akan menyediakan bahan masakan atau anda juga boleh menyediakan bahan asas makanan.

Mengambil foto homestay

Foto dapat menarik pelanggan dengan hanya sekali pandang. Dengan foto yang lebih baik, ia akan lebih menyakinkan pelanggan untuk menyewa homestay anda. Foto yang diambil dapat membantu pelanggan jika mereka tidak mengetahui cara untuk ke homestay anda kerana mereka boleh bertanyakan disekitar berdekatan memandangakan mereka mempunyai foto tersebut.

Marketing

Marketing adalah peringkat terakhir dalam setiap perniagaan yang bermula agar perniagaan tersebut lebih dikenali dan mendapat sambutan pelanggan. Pelbagai cara marketing dijalankan untuk mendapat tarikan pelanggan seperti offline, facebook, laman web, instagram mahupun channel telegram. Tetapi untuk perniagaan homestay, adalah lebih baik menggunakan website booking yang telah disediakan.

BONUS

Deposit keselamatan (boleh dikembalikan)

Deposit yang dikenakan dikutip semasa pelanggan check-in dan dikembalikan selepas check-out. Deposit ini berfungsi apabila terdapat kerosakan dalam rumah semasa penginapan, anda berhak untuk tidak memulangkan wang deposit yang dikutip dari pelanggan. Deposit ini juga agar homestay anda sentiasa dalam keadaan yang baik dan terkawal dari pelanggan.

Menghormati privasi pelanggan

Menjaga privasi pelanggan adalah diutamakan kerana ia menunjukkan anda sangat mengambil berat perihal pelanggan anda. Anda perlu mengelakkan untuk masuk homestay yang disewa kecuali jika anda benar-benar perlu, anda harus memberitahu pelanggan agar mereka sedar akan ketibaan anda.

Akhir kata, selamat memulakan business anda, semoga berjaya para usahawan.