Maruku, Kudapan Yang Makin Digemari Masyarakat

0
231

Perayaan Deepavali tidak lama lagi tiba. Bukan negara India sahaja yang menyambut perayaan ini, bahkan, Malaysia juga turut meraihkannya memandangkan negara Malaysia mempunyai berbilang bangsa. Salah satu makanan yang popular semasa musim Deepavali ialah maruku.

Maruku merupakan makanan ringan atau kudapan yang berasal dari India dimana perkataan maruku diambil daripada perkataan Tamil yang membawa maksud “berpusar”. Makanan ringan ini, banyak terdapat di pasaran dan dihasilkan oleh pelbagai masyarakat. Orang melayu juga turut membuat maruku sebagai pendapatan sampingan mereka selain dihidangkan  kepada tetamu.

Permintaan maruku semakin meningkat yang membuktikan kudapan ini sangat sedap, rangup, mempunyai kos yang rendah dan tahan lama. Ia boleh disimpan sehingga 1 ke 3 bulan. Maruku juga boleh dihasilkan dengan rasa yang bervariasi seperti maruku sayur, maruku udang, maruku ikan bilis, maruku kacang dan maruku campur. Maruku dibuat menggunakan acuan khas untuk mendapatkan bentuk yang menarik.

Kebiasaannya, maruku dijual dipasaran dengan harga RM10 untuk 400gram dalam bungkusan plastik, manakala untuk maruku yang diisi dalam botol dengan berat 450 gram, berharga RM18 sebotol. Setiap pengeluar maruku mempunyai harga yang berbeza, mengikut kuantiti dan harga bahan yang mereka gunakan.

Berikut bahan-bahan dan cara menyediakan maruku:

Bahan-bahan:

  • Tepung maruku babas
  • Tepung pulut
  • Udang kering (rendam & kisar)   
  • Bijan
  • Margarine
  • Santan
  • Serbuk cili @ serbuk lada
  • Garam & gula
  • Minyak masak
  • Daun kari
  • Lemuju @ jintan

Cara masak:

  1. Tepung maruku + tepung pulut + bijan +udang kering +margarine + serbuk cili + garam & gula digaul rata
  2. Masukkan santan sambil uli dengan tangan
  3. Sediakan acuan maruku
  4. Masukkan dough maruku dalam acuan
  5. Angkat maruku yang telah dibentuk lalu masukkan ke dalam minyak yang telah di panaskan
  6. Masukkan sedikit daun kari kalau nak bau Indian sedikit

Artikel di atas memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada kita mengenai makanan ringan iaitu maruku. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua.