Mee Melayu Viral – MyMee Minda

0
2081

Mymee Minda yang viral baru-baru ini telah mengejutkan Malaysia di mana seorang lelaki telah mencipta produk makanan segera yang bebas daripada bahan kimia. Lelaki yang berasal dari Bagan iaitu Muhammad Ilias seorang usahawan yang berjaya mencipta produk makanan yang berkhasiat malah dijamin halal.

Pengasas muda ini pernah gagal dalam beberapa perniagaan yang beliau jalankan sejak tahun 2010 yang lalu. Walaupun masih muda, beliau mempunyai keinginan dan minat yang tinggi untuk berniaga sejak kecil. Hasil kegigihannya dalam berniaga, kini beliau mampu mengeluarkan produk makanan mi segera yang viral pada masa ini. Salah satu faktor Muhammad Ilias ingin berniaga adalah kerana beliau ingin keluar dari kemiskinan yang dihadapinya.

Dengan tabiat suka makan mi segera, membuatkan beliau terinspirasi untuk mengeluarkan produk makanan mi segera yang berkhasiat. Muhammad Ilias juga memilih untuk berhenti belajar dalam bidang perakaunan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaannya. Tambahan pula, keluarganya juga mempunyai pengalaman dalam bidang jualan makanan dan minuman.

Dengan menggunakan modal awal hanya RM 20,000, Muhammad Ilias kini mempunyai kilang milik sendiri di Kedah. Dengan adanya kilang, beliau dapat menghasilkan mi segera yang mempunyai 4 perisa seperti perisa kari, sup, tom yam dan bandung. Apa yang menarik dengan Mymee Minda ini adalah mi segera ini mengandungi kurma dan kismis sebagai ganti salutan lilin. Muhammad Ilias merupakan orang pertama yang menggunakan kismis dan kurma sebagai bahan dalam pembuatan mi segera. Mymee Minda ini juga tidak mengandungi monosodium glutamate (MSG), pengawet, asid boric, proxide, lilin dan pewarna tiruan. Beliau ingin mengeluarkan lagi produk mi segera seperti ramen segera, kuetiau, bihun, sup putih dan asam laksa.

Dari segi pemasaran, pihak Muhammad Ilias setakat ini hanya memberi perhatian kepada penjualan secara online memandangkan Mymee Minda masih berusia muda. Beliau memilih kaedah penjualan secara online adalah kerana perniagaan yang dijalankan masih diperingkat awal dan masih mencari pelanggan yang tetap seperti mall atau restoran. Mudah untuk beliau mencari sasaran pelanggan kerana rata-rata kaum remaja menggemari makanan mi segera terutamanya pelajar. Pada masa kini, Mymee Minda juga dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan daripada JAKIM.

Untuk perancangan masa depan, beliau berhasrat agar Mymee Minda dapat dieksport ke luar negara memandangkan Mymee Minda mendapat tindak balas yang positif daripada pihak luar seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Kisah usahawan muda ini boleh dijadikan inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk menceburi bidang perniagaan atau meminati bidang tersebut. Faktor kemiskinan dijadikan sebagai kekuatan untuk mengubah masa depan hidup seseorang. Malah, banyak usahawan yang berjaya berasal dari kehidupan yang susah. Oleh itu, jangan mudah putus asa, teruskan berusaha untuk masa depan anda!



Berminat nak mulakan bisnes sendiri?


Dapatkan Konsultansi Bisnes


[anr_nocaptcha g-recaptcha-response]


Lihat artikel menarik yang lain